
Turun Padang Tinjau Lokasi Kemalangan, Pelitup Muka Pengerusi Prasarana Curi Perhatian Netizen
Turun Padang Tinjau Lokasi Kemalangan, Pelitup Muka Pengerusi Prasarana Curi Perhatian Netizen
Malam 24 Mei lepas, negara dikejutkan dengan berita dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) dari arah bertentangan yang bertembung di ibu negara.
47 mangsa dilaporkan cedera parah, manakala 166 lagi mangsa dilaporkan cedera ringan dan menerima rawatan segera di tempat kejadian.
BACA: Covid-19: Sekotak Penutup Mulut Dan Hidung Di Indonesia Dijual Lebih Mahal Dari Harga Emas
Kehadiran Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, Tajuddin Abdul Rahman di lokasi kejadian kemalangan tersebut mencuri tumpuan netizen apabila beliau tampil dengan pelitup muka yang unik.
Hasil ‘siasatan’ netizen, mereka mendapati bahawa harga pelitup muka yang dipakai YB Pasir Salak ini bukan biasa-biasa.

Untuk pengetahuan anda, pelitup muka tersebut merupakan salah satu produk LG PuriCare iaitu LG Puricare Wearable Air Purifier yang boleh didapati di Shopee dengan harga sekitar RM1,699.
Sumber: LG HK
While the damage to the trains is still being assessed, Prasarana chairman doesn’t think it’s going to be much after inspection. The engines are intact . He insists it’s an accident, LRT is safe 🚇 https://t.co/5Av3ssSrJM pic.twitter.com/yvigoUwBuR
— Melissa Goh (@MelGohCNA) May 25, 2021
Dengan harga yang premium, pengguna pelitup muka ini ditawarkan dengan ciri pembersihan udara yang mampu menapis sehingga 99.95% bakteria, habuk, virus dan alergen yang dibawa udara.

Malah ia turut dilengkapkan dengan dua kipas terpasang (yang hanya boleh didengar sekiranya anda berada di kawasan yang sangat tenang) untuk membantu pengguna bernafas dengan lebih baik.
Dengan ketahanan bateri sehingga lapan jam sekiranya menggunakan kipas berkelajuan rendah, pelitup muka ini boleh dicaj semula dan diulang pakai.

Sementara itu, tanda pagar #TajuddinLetakJawatan menjadi trending di sosial media selepas beberapa kenyataan beliau yang didakwa sebagai tidak sensitif terhadap insiden kemalangan tersebut.
Dalam masa yang sama, pihak polis dikatakan sudah membuka kertas siasatan terhadap beliau selepas didapati tidak memakai pelitup muka semasa sidang media.

Pemakaian pelitup muka adalah wajib di bawah Akta 342, berdasarkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan ia turut diaplikasikan pada mereka yang memakai niqab atau pun face shield.
Kegagalan melakukannya merupakan salah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sebentar tadi saya telefon Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Parlimen UMNO. Dan dia…
Posted by Najib Razak on Tuesday, 25 May 2021