5

‘Turn Table’ Manual Terakhir Malaysia Di Tumpat Dibongkar Selepas 108 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai yang masih tak tahu, di landasan kereta api Tumpat, Kelantan masih terdapat sebuah turn table manual terakhir di Malaysia.

BACA: Trend Pelik Di Jepun, Sewa Kereta Bukan Untuk Memandu Tapi Tidur

Namun, selepas lebih 108 tahun berkhidmat, turn table manual ini akhirnya dibongkarkan pada 23 Jun lalu bermula jam 11.30 pagi dan selesai pada 1 petang.

‘Turn Table’ Manual Terakhir Malaysia Di Tumpat Dibongkar Selepas 108 Tahun 1
Sumber: KTM Berhad

Menurut Pegawai Operasi Tumpat, En Azman Hasan, turn table manual terakhir di Malaysia ini dibongkar dengan tujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menarik taraf landasan baharu yang menghubungkan Depoh Tumpat ke bahagian pencucian tren.

Ramai yang tertanya-tanya, selepas dibongkarkan ke mana ia akan ditempatkan?

Untuk pengetahuan anda, turn table manual ini akan ditempatkan ke lokasi baharu sejurus perbincangan lanjut dilakukan sebagai simpanan sejarah kereta api untuk tatapan generasi akan datang.

‘Turn Table’ Manual Terakhir Malaysia Di Tumpat Dibongkar Selepas 108 Tahun 2
Sumber: KTM Berhad

Sebagai rekod, turn table mula digunakan pada tahun 1913 di Depoh Stokereta Tumpat, Kelantan yang mana pada ketika itu di bawah pentadbiran Federated Malay States Railway (FMSR).

4
Sumber: KTM Berhad

Dibina di England dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh syarikat Patent Shaft & Axletree Engineers Co. Ld, turn table digunakan untuk memusingkan lokomotif bagi menukarkan arah kedudukan ruang pemandu.

Keunikannya terletak pada titik graviti yang sangat sempurna, yang mana ia boleh dipusingkan dengan menggunakan dua hingga tiga orang kakitangan sahaja dalam satu masa.

‘Turn Table’ Manual Terakhir Malaysia Di Tumpat Dibongkar Selepas 108 Tahun 3
Sumber: KTM Berhad

Malah keseimbangan graviti membolehkan turn table dapat memusingkan lokomotif sesuai dengan berat badan.

Bercerita tentang terakhir, tahukah anda Malaysia merupakan satu-satunya negara yang masih tinggal dalam memartabatkan kuasa diraja?

Baca lanjut di: Hanya Tinggal Gelaran, Kehidupan Terkini Keturunan Raja Melayu Singapura Terakhir

Sumber: KTM Berhad