
Tunjuk Isyarat Jari Tengah Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Sehingga 5 Tahun
Dalam budaya Barat, mengacukan isyarat jari tengah adalah salah satu daripada tingkah laku yang tidak beradab kerana membawa maksud penghinaan kepada seseorang.
Penghinaan menggunakan jari tengah boleh dikategorikan dalam kelas tengah sehingga ke ekstrem hampir sama dengan penghinaan carutan f*ck tanpa dialog.
Daripada dunia Barat, isyarat penggunaan jari tengah sebagai semakin meluas konteksnya sehingga ada yang secara sengaja menunjukkan jari tengah dalam gurauan tanpa niat menghina.
Pada awalnya, isyarat ini melambangkan alat kelamin lelaki dan awal 1800-an, isyarat ini kemudiannya dilabelkan sebagai tanda penghinaan dan banyak digunakan oleh selebriti, atlet, artis dan ahli politik.
Akan tetapi tahukah anda, di Malaysia menunjukkan isyarat jari tengah ini boleh dikenakan hukuman sehingga lima tahun penjara atau dengan denda atau pun kedua-duanya sekali.

Di bawah Akta Kanun Keseksaan 574 (Seksyen 509), undang-undang menetapkan:
Seksyen 509 – Perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.
Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Manakala Akta 559 di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 29:
Seksyen 29. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.
Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Sebelum ini, tular di media sosial video seorang lelaki memaki pihak polis yang mengenakan kompaun kepada beliau atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Mengikut kenyataannya, tujuan beliau merakam dan memuatnaik video tersebut ke media sosial adalah untuk perlindungan diri sekiranya sesuatu perkara tidak diingini berlaku kepada beliau.
Baca lanjut di: Tular Video Maki Polis Di Stesen Minyak, Berikut Senarai Pertuduhan Yang Bakal Dihadapi Lelaki Ini
Trending now



