Kes DS Najib Razak 1

Tunggakan Cukai Pendapatan Najib Razak Berjumlah RM1.69 Bilion

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ianya adalah susulan mahkamah yang membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus berhubung saman yang dikemukakan kepada beliau bagi menuntut tunggakan berkenaan.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan selepas mendapati jumlah tunggakan cukai pendapatan tambahan berkenaan perlu dikenakan dan dibayar oleh Najib sebagai hutang kepada kerajaan Malaysia.

Tunggakan Cukai Pendapatan Najib Diarah Bela Diri
Sumber: Sehinggit

Mengikut Seksyen 106 (3) Akta Cukai Pendapatan, mahkamah tidak boleh memenuhi permohonan Najib selaku defendan bagi mendengar rayuan jumlah yang dipertikaikan.

Namun Najib masih boleh mengemukakan rayuan berhubung jumlah tersebut kepada Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan.

25 Jun lalu, kerajaan Malaysia selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap Najib selaku defendan tunggal melalui LHDN yang menuntut beliau membayar tunggakan bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017 bernilai RM1.69 bilion.

6 Julai lalu, kerajaan Malaysia telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada anak lelaki Najib, Datuk Mohd Nazifuddin Najib dikehendaki membayar tunggakan cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2011 berjumlah RM37.6 juta kepada LHDN.

Najib sebelum ini dikatakan bakal disaman oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana mengeluarkan tuduhan bahawa Khalid telah menuduh Agong sebagai rasis dalam melakukan keputusan pemilihan Perdana Menteri.

Sumber: Berita Harian