
Tun Mahathir ‘Cadang’ Mahu Tubuh Parti Politik Baharu Iaitu ‘Parti Apa Aku Dapat’
Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis bercadang mahu menubuhkan sebuah lagi parti politik baharu selepas parti yang diasaskannya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini sudah berpecah kepada dua kem.
Mahu menamakannya ‘Parti Apa Aku Dapat (AAD)’, Tun Mahathir berkata, kebanyakan orang Melayu suka menubuhkan parti politik, dan sebab itulah beliau menubuhkan Bersatu satu ketika dahulu.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi tersebut, Parti Apa Aku Dapat itu ditubuhkan dengan tujuan hanyalah untuk memperkaya orang Melayu yang belum mendapat apa-apa.
Dr. Mahathir berkata, cara untuk memperkayakan orang Melayu dalam parti Apa Aku Dapat tersebut ialah dengan melantik mereka sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuhkan.
Badan itu khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum mendapat apa-apa dan yang ingin dapat banyak lagi.
“Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu. Nama parti ini ialah Parti AAD atau ‘Parti Apa Aku Dapat’.
“Tujuan memperkayakan orang Melayu yang belum dapat,” katanya secara sinis.
Dr Mahathir berkata, parti ini ditubuh bagi melantik pegawai dalam badan yang akan diwujudkan khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan lumayan kepada mereka yang belum mendapat apa dimahukan.
“Siapa yang dapat boleh buat permohonan untuk jadi ahli, atau presiden, timbalan presiden, naib presiden dan lain-lain. Yuran tidak perlu,” katanya.
Tulisan itu dipercayai menyindir beberapa pihak yang dahulunya menyokong Pakatan Harapan kini beralih kepada Perikatan Nasional.
PARTI AAD
1. Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik.
2. Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik. Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sekarang parti sudah berpecah dua.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) June 12, 2020
Terdahulu, Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada September 2016 yang dikhususkan kepada orang Melayu, yang dikatakan sebagai pengganti kepada UMNO.
Bagaimanapun, sejak Februari lalu, parti berkenaan berdepan konflik dalaman apabila berpecah kepada dua kem di antara Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir.
Baru-baru ini juga, beliau menggelarkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebagai ‘Kerajaan Muhyiddin’.
Menurut Dr. Mahathir beliau terpaksa berbuat demikian kerana parti Perikatan Nasional tidak wujud.
Perikatan Nasional juga menurut Dr. Mahatir tidak pernah mengadakan majlis pelancaran dan tidak didaftar ketika Muhyiddin mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri.
BACA: Mesyuarat BERSATU Sahkan Keputusan Henti Keahlian Tun M Serta Pengikutnya Adalah Muktamad
Sumber: Suara Merdeka
Trending now



