
Tun Mahathir Boleh Dilantik Semula Menjadi Perdana Menteri Ke-8
Perletakan jawatan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri ke-7 semalam telah menyaksikan kekecohan yang berlaku dalam landskap politik di Malaysia.
Dalam perkembangan terbaharu, Agong menerusi Ketua Setiausaha Negara telah berkenan melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara.
Apabila Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, maka wujud kekosongan dan ia tidak boleh diganti secara automatik oleh Timbalan Perdana Menteri.
Ini kerana dalam keadaan sekarang Perdana Menteri meletakkan jawatan secara mengejut di bawah pentadbiran kerajaan minoriti. Ini berbeza dengan situasi peralihan kuasa sebelum ini yang menyaksikan kerajaan mendapat sokongan majoriti yang kukuh, tiada parti keluar daripada gabungan parti pemerintah dan tidak timbul pertikaian siapa yang akan menggantikan Perdana Menteri.
Dalam situasi sekarang, Perdana Menteri sudah meletakkan jawatan dan pengganti tidak boleh dilantik menggantikannya kecuali mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dengan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Susulan daripada itu, Agong berkenan membatalkan semua menteri atas nasihat Perdana Menteri menjadikan tugas-tugas Anggota Pentadbiran termasuklah TPM, para Menteri dan Timbalannya serta Setiausaha Politik terhenti serta merta.
https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1843847919081749/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARBLY9gk-ZzRmW9L044r52KZmnN18YLSoVRd8xP6Ams-s5_XcDr63Ekxjua-Cy2QtBL1yNg3U0fbNBHLbZRSF-BwgLQlSzogXGkuNK8ICwnekdeB-ApvO2GfIUH51JvwDp82jijCaQ3d1_NprwjwjakLBYR7jj5GYQQKvG6Lt0SuULuuf7mZSkYX50zpyBnXWu8YVQrrlcgUcOgaPXEszCzPsX-a4mTqYJoTWJ1xOgfPDaAX-hMcJHrfAYC10YCw0_HD2xdU69i48C7KkLF9vxpBddmtD_Y8Pm-GieK1ggvznqx9ohFKSmX-aSLd1E-R_Eye38F8vhbVGWty0VgAINdJVNlR&__tn__=-R
Namun Tun Mahathir boleh dilantik semula sebagai Perdana Menteri ke-8 sekiranya mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Rakyat kerana beliau masih memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen.
Menurut Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Osman, peruntukan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agong boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat.
Kata beliau, perlantikan berkenaan perlu dilakukan dalam keadaan segera bagi membolehkan urusan pentadbiran negara berjalan lancar. Dalam masa yang sama, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Timbalan Perdana Menteri menggantikan Perdana Menteri secara automatik.
Sumber: Berita Harian
Trending now



