Tun M Sedia Jadi Perdana Menteri Ke-8 Yakin Dapat Sokongan Di Dewan Rakyat

24 Februari lalu, Tun M yang kini memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Interim telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tiga hari kemudian (27 Februari), media memaklumkan Tun Mahathir menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Bersatu dan ianya disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya.

2 Tun M Sedia Jadi PM Ke-8

Namun hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau kini memangku jawatan Pengerusi Bersatu susulan daripada keputusan Tun Mahathir 24 Februari lalu.

BACA: Muhyiddin Yassin Sah Diperkenan Sebagai Perdana Menteri Ke-8

Menurut beliau, selaras dengan Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu, jawatan Pengerusi akan kekal kosong sehingga pemilihan semula diadakan.

Makluman beliau telah menimbulkan spekulasi berikutan ketua Penerangan Bersatu, Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya melaporkan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang dipengerusikan Muhyidiin membuat ketetapan menolak perletakan jawatan tersebut.

Manakala drama politik hari ini sudah memasuki hari ketujuh menyaksikan satu lagi episod yang mana Tun Mahathir memberitahu beliau percaya telah memperoleh sokongan yang diperlukan di Dewan Rakyat bagi membentuk satu kerajaan baharu selepas perjumpaan dengan para pimpinan Pakatan Harapan.

1 Tun M Sedia Jadi PM Ke-8

Tun M Sedia Jadi PM Ke-8

Malah Tun M turut bersedia untuk dilantik sebagai calon Perdana Menteri ke-8 yang kemudiaannya disokong penuh oleh satu kenyataan daripada Majlis Presiden yang akan disampaikan kepada Yang Dipertuan Agong.

Sumber: Berita Harian