Tun M Masih Pertikai Pelantikan Muhyiddin Sebagai PM, Dakwa Ianya Tidak Tepati Undang-Undang

Sejak daripada Muhyiddin Yassin sah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 oleh YDPA, Tun Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M masih pertikai pelantikan beliau sebagai pemimpin negara.

Sudah menghantar satu usul berkenaan mahukan satu ketetapan bahawa Muhyiddin Yassin tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3).

Speaker Dewan Rakyat Maklumkan Terima Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri 2
Sumber: Astro Awani

Terus mendakwa pelantikan berkenaan sebagai tidak sah kerana tiada persidangan Dewan Rakyat untuk mengesahkannya, Tun M berkata sekiranya tiada persidangan secara formal dalam masa 60 hari, maka pemilihan kerajaan tersebut dianggap sebagai tidak menepati undang-undang.

BACA: Speaker Maklumkan Terima Usul Undi Tidak Percaya Tun M Terhadap Perdana Menteri

Tun M masih pertikai pelantikan Muhyiddin dengan mengatakan bahawa persidangan sehari iaitu pada 18 Mei yang hanya akan memperdengarkan YDPA berucap bagi pihak kerajaan tanpa ada perbahasan.

Malah beliau yang juga merupakan bekas Perdana Menteri ke-7 itu menyifatkan persidangan tersebut adalah sebagai salah satu usaha dan percubaan menghalang beliau daripada bercakap di Dewan Rakyat bagi membentangkan usul tidak percaya kepada Muhyiddin walaupun ianya sudah dipersetujui Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ulasan Sidang Parlimen 18 Mei

Ulasan berkenaan sidang Parlimen yang dijadualkan pada 18 Mei 2020

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Wednesday, May 13, 2020

Tun M sebelum ini mendakwa mendapat undi daripada 114 Ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) yang juga surat rasmi daripada Ketua Parti.

Tun M sebelum ini juga telah meletakkan keadaan politik negara dalam keadaan tidak stabil selepas secara tiba-tiba meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 24 Februari lalu.