
Tular Wanita Selamba Buang Sesuatu Dalam Sungai, Rupanya Bungkusan Plastik Itu Bukan Sampah?
Wanita Selamba Buang Sesuatu Dalam Sungai, Rupanya Bungkusan Plastik Itu Bukan Sampah?
Sememangnya perbuatan membuang sampah pada tempat yang bukan sepatutnya, lebih-lebih lagi membuang ke dalam sungai diberi hukuman denda oleh pihak berkuasa.
Terbaharu, tular sebuah rakaman video memaparkan tindakan seorang wanita yang selamba membuang bungkusan plastik di sebuah jambatan di percayai di Kelantan daripada kenderaannya.
Video berdurasi 20 saat itu mula tular apabila dikongsi di beberapa laman sosial dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.
Rata-rata netizen menganggap tindakan tersebut sebagai tidak bermoral dan si pelaku tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan kenderaan yang bergerak.
Ramai juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan rakyat negeri Kelantan apabila si pelaku didakwa menaiki kenderaan yang menggunakan nombor plat ‘D’.
Beberapa netizen meluahkan tindakan sebegitu menyebabkan berlakunya pencemaran sungai sekaligus dikaitkan dengan bencana banjir yang sering kali membawa bersama sarap dan plastik.
Walau bagaimanapun, dimaklumkan bungkusan yang dicampak oleh si pelaku itu ke dalam sungai bukanlah sampah seperti yang dihebohkan.
Difahamkan, si pelaku itu baru sahaja pulang daripada berubat secara tradisional dan dijelaskan bungkusan yang dicampak itu adalah saka yang perlu dibuang ke kawasan air yang mengalir.
Namun, netizen masih juga sangsi begitukah caranya untuk membuang saka? Ada yang mengatakan seeloknya buanglah di tempat yang tidak kelihatan orang ramai agar tidak menimbulkan fitnah.
Tidak pasti sejauh manakah kebenarannya, yang pasti hanya tuan badan yang mengetahui perkara sebenar.
Apa pun, tindakan membuang sesuatu benda ke dalam sungai sewajarnya perlu diambil tindakan bagi mengawal pencemaran sungai dalam alam sekitar.
Seperti di United Kingdom, mereka yang melakukan kesalahan membuang sampah ke dalam sungai dikenakan denda yang tinggi.
Bayaran denda yang dikenakan dianggap sangat tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan.
BACA: Menghampiri PRN, Tular Gambar Perkampungan Laut Sabah Yang Dipenuhi Sampah
Trending now



