
Tular Video Warga Emas Minta Jururawat Ajar Ucapan Syahadah
Tular video warga emas minta jururawat ajar ucapan syahadah.
Sejak wabak COVID-19 melanda dunia, istilah ‘ditidurkan’ antara yang paling kerap didengar dan dibincangkan di media sosial. Ia merupakan satu prosedur bius untuk menidurkan pesakit COVID-19 bagi rawatan bantuan pernafasan dan selalunya dilakukan kepada pesakit yang berada dalam kategori kritikal.
BACA: Doktor Ini Jelaskan Kenapa Pesakit COVID-19 Ditidurkan
Sebelum ditidurkan, pesakit yang beragama Islam akan diminta mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap bersama ahli keluarga buat kali terakhir menerusi satu panggilan video.
Namun, kisah seorang warga emas berbangsa Cina menjadi tular selepas beliau meluahkan mahu memeluk agama Islam di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.
Menerusi satu perkongsian video di Facebook Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah, wanita tersebut dikatakan meminta kepada tiga jururawat yang berada di sampingnya untuk diajar mengucap dua kalimah syahadah.
Berjaya mengucap syahadah secara satu persatu, Firdaus Wong Wai Hung pula dalam satu hantaran memaklumkan wanita tersebut beransur sihat dan tidak ditidurkan.
Firdaus juga memaklumkan salah seorang daripada anak wanita itu sudah memeluk Islam terlebih dahulu.
Menerusi sumber Kosmo!, seorang wanita yang tampil mengaku dirinya menantu kepada wanita tersebut menjelaskan ibu mentuanya memang berniat memeluk Islam sebelum disahkan menghidap COVID-19 tahap lima.

Terkini, menerusi sumber Harian Metro, wanita tersebut, Laimi Tinggi @ Nur Laila Abdullah dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas cedera terjatuh sebelum disahkan positif COVID-19.
Sejak dari itu, kesihatannya mula merosot sehinggalah anaknya dimaklumkan beliau sudah berada di tahap lima.
Pada pagi 9 September, dengan bantuan petugas wad satu panggilan video dibuat bersama anak-anaknya dan semasa itu beliau sempat meluahkan hasrat mahu memluk Islam jika keluar wad.
Melihatkan keadannya yang merisaukan ditambah pula dengan sakit buah pinggang tahap empat, anaknya, Fringco John Wayne @ Firdaus Abdullah meminta pertolongan petugas hospital membantu ibunya melafazkan syahadah.
Trending now



