Baju Hujan Tersangkut Pada Tayar Motosikal 3

Tular Video Wanita Terseret Akibat Daripada Baju Hujan Yang Tersangkut Pada Tayar Motosikal

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Malang memang tidak berbau. Jika berbau pasti kebanyakan daripada kita akan berusaha mengelakkan daripadanya.

Tular di dalam laman media sosial semalam, video rakaman dashcam yang memaparkan seorang wanita yang jatuh dan terseret di jalan raya akibat daripada baju hujan yang dipakai tersangkut pada tayar motosikal yang dinaiki.

Baju Hujan Tersangkut Pada Tayar Motosikal

Video yang dikongsi seorang pengguna Facebook, Fatin Khalidah Mohamad Kholim yang berada di tempat kejadian menjadi pengajaran terutamanya pada penunggang motosikal yang gemar memakai pakaian hujan secara terbalik dan baju labuh semasa menaiki atau menunggang motosikal.

Jaket yang tersangkut pada tayar motosikal telah membelit leher mangsa dan menyebabkan saluran pernafasan mangsa ‘ditutup’ dan pada rakaman video dapat dilihat kesukaran mangsa untuk bernafas.

https://www.facebook.com/fkmohamadkholim/videos/pcb.2750614344973109/2750613014973242/?type=3&theater

Pada ketika itu mangsa dikatakan berada dalam keadaan 50-50 namun atas tindakan pantas orang awam di sana yang melakukan bantuan pernafasan, mangsa dapat diselamatkan.

Menjadi pengajaran kepada orang awam untuk sentiasa berhati-hati, kejadian pakaian tersangkut ini bukanlah yang pertama kali berlaku.

Pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu, menurut Mstar Online, baju raya seorang wanita sudah terkoyak akibat daripada tersangkut pada rantai motosikal. Namun nasib baik menyebelahinya kerana kejadian tersebut tidak mendatangkan kecederaan lain.

Dalam satu kejadian lain pula, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Terengganu dilaporkan putus tangan kanan akibat baju sejuk yang dipakai tersangkut pada rim motosikal. Tangan yang sudah hancur separuh tidak dapat disambungkan dan terpaksa dipotong.

https://www.facebook.com/viralmuafakatjohor/posts/2114393418887363?__xts__[0]=68.ARDFwX0JUzY6ArvOEvu9xpnv9J87ystG7-hz46BQ_W6kxJ1bqFYIcUyksHFa0uQ_WaIGE2agJvxEDedD3TXU5GIxYaHWsYX_o5NIOfkunyP2CVXI-yukqZKocMoZZv86_omuUmubqsWUQkZpDhrBJIhbJChIfN5gkOr0y8eF762ot_FqO_ArV_VKJTD_vml_YpnzVcqNMqak2c38BFjBcWJHnZ2DaNKRV8Tc5Ak7fbLISNhy7_61zDePErKaTJcM_KBrLdP0WxvEgSNV8KUlVVO0GeeJuTwlfXO9–0VTmhVxcAmuRV0VnZD8iCIMWGeizBSmdIBqPT8Qw1BOP1UTxW-8-D_&__tn__=-R

Semoga kita semua lebih berhati-hati dan peka dengan aspek keselamatan semasa menaiki kenderaan tidak kiralah sama ada kenderaan bertayar dua seperti motosikal atau pun yang bertayar empat.

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2Wj8RzFmRs/