Pelajar Dibuli KFC

Tular Video Pelajar Sekolah Dibuli Hanya Kerana Tidak Tunai ‘Janji’ Belanja KFC

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pelajar Sekolah Dibuli Hanya Kerana Tidak Tunai ‘Janji’ Belanja KFC.

Berang dengan gurauan mangsa yang dikatakan mempermainkan suspek dengan janji untuk belanja makanan segera menjadi punca seorang pelajar dibuli tiga rakan seasrama.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan laporan kejadian buli melibatkan tiga pelajar sekolah di Tanah Merah, Kelantan, yang tular di media sosial semalam.

“Berdasarkan keterangan awal daripada mangsa, ketiga-tiga suspek memukulnya kerana berang apabila mangsa dikatakan cuba mempermainkan ketiga-tiga mereka dengan gurauan hendak belanja KFC,” katanya.

Terdahulu satu rakaman video berdurasi selama 25 saat tular di Facebook memaparkan sorang remaja dipukul dua remaja lelaki dalam sebuah bilik asrama di sekolah berkenaan.

Pelajar Dibuli KFC

Mangsa kemudiannya datang ke balai polis untuk membuat laporan. Polis sudah mengenal pasti suspek dan membuat tangkapan terhadap semuanya.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

https://twitter.com/pedoqpop/status/1303592913453031424

Sumber: Sinar Harian