
Tular Video Minta Sedekah Sambil Acu Pistol Mainan, 11 Kanak-Kanak Palauh Ditahan
Tular video di laman media sosial beberapa hari lalu mengenai kegiatan meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu sambil mengacukan pistol mainan.
Tular video berkenaan kemudiannya mendapat perhatian pihak berkuasa, seorang kanak-kanak Palauh bersama 14 individu lain ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu dalam operasi cantas pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor, pihak beliau bertindak selepas gambar seorang kanak-kanak Palauh tidak berbaju memegang pistol mainan tular di media sosial.
Siasatan lanjut mendapati kesemua mereka berusia antara enam bulan hingga 31 tahun; 11 daripadanya adalah kanak-kanak; lima kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
BACA: Polis Berhak Semak Telefon Bimbit Orang Awam – KDN
Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Sehingga ke hari ini, lokasi lampu isyarat berkenaan terkenal sebagai kawasan hotspot warga Palauh meminta sedekah walaupun sudah berkali-kali pihak polis menjalankan operasi menangkap di sana.
Walau bagaimanapun, tindakan pihak polis menggari kanak-kanak dan menyebarkannya ke laman media sosial berkenaan mendapat kritikan daripada orang ramai terutamanya aktivis kanak-kanak yang merasakan ianya adalah satu tindakan yang tidak wajar.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2907469349288487&set=a.180154582019991&type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARCoRswC7Mym30eIyZvADHmmPl_lP1LHnzNG39sAAcmpcGtFk79ptEorSb6pOOQTA7YKHqa3EySQ0TSsEojmLk5Lzy14UdJqNJ7WBsCUgMK770u8gzeob_H4YgWEoUlbONM1bvQR1oKKuRir6WlPJ9pKOn5iyonGZKK3ndCU_pLuJzsrRTqr7-QBz8CPf6C1nXJlPJmJgjTiEQ-qqtqKQ1EDcnkbAfAsiL6ZUshpcAoWlAI&__tn__=H-R1.g
Sumber: Harian Metro