Beg Foodpanda Sampah

Tular Lambakan Beg Foodpanda Dibuang Di Kawasan Hutan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Oktober lalu kita menyaksikan beberapa kontroversi melibatkan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda sehingga diboikot oleh netizen Malaysia. Bahkan, ia turut menyebabkan rating bintang aplikasi ini jatuh.

Isu itu turut mendapat perhatian kabinet untuk membincangkan nasib penghantar makanan syarikat berkenaan namun bukan hal ini yang kami mahu ketengahkan. Baru-baru ini, tular di media sosial seorang netizen menemui beg hantaran Foodpanda bersama timbunan sampah sarap.

Pengguna Facebook, Andy Hickson berkongsi beberapa keping gambar serta video memaparkan timbunan sampah di pinggir jalan berhampiran hutan Jalan Gombak (berdekatan Hospital Orang Asli Gombak). Dia menemukan kawasan pembuangan sampah itu apabila sedang mendaki di kawasan terbabit.

Hickson meluahkan rasa kecewa dan ia tidak sepatutnya wujud timbunan sampah di kawasan itu. Dalam rakaman video yang dikongsi, terdapat beberapa sampah seperti botol plastik, bekas makanan dan paling mengecewakan beberapa beg hantaran makanan Foodpanda.

Beg Foodpanda Sampah

Apa yang membimbangkan, timbunan sampah sarap itu dikhuatiri akan menyebabkan tersebar penyakit dan pencemaran bekalan air, memandangkan sungai di kawasan itu bersambung dengan Sungai Gombak.

https://www.facebook.com/ipoweri/posts/10157865123997235

Menurut Hickson, timbunan sampah itu bukanlah dibuat oleh penduduk yang tinggal di kawasan tersebut tetapi berpunca dari pihak tidak bertanggungjawab.

Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas kepada mereka yang membuat kawasan itu seperti tapak pelupusan sampah secara percuma.

Sumber: Coconuts