
Tular Kisah Cerai Da’i TV3, Ini Pesanan Ustaz Ebit Lew Buat Lelaki Yang Bergelar Suami
Dua tiga hari ini, kisah rumah tangga seorang da’i hasil rancangan realiti televisyen TV3 menjadi perbualan hangat netizen di media sosial. Ramai yang mengecam malah ada juga yang mempertahankan tindakan da’i tersebut.
Sedar dengan keadaan rumah tangga yang semakin mencabar di zaman ini, seorang penceramah bebas yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Ebit Lew tampil memberi nasihat kepada netizen terutamanya kepada golongan lelaki yang bergelar suami dan akan bergelar suami suatu hari nanti.
“Jangan bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.”
“Carilah niat awal kita kawin, kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak. Nikah itu amanah Allah.”
“Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.”
Menjaga keamanan rumah tangga tidak mudah, kerana itulah perlunya kesabaran dan keadilan dalam mengendalikan semua keputusan, dan bukannya menggunakan tiket ‘agama’ sebagai alasan untuk melakukan kesalahan atas dasar memenuhi nafsu sendiri.
Sumber: Ustaz Ebit Lew
Betul ke Emilia Clarke menyanyi dalam filem Last Christmas?
LAST CHRISTMAS | Emilia Clarke Boleh Menyanyi?
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.