Di Sebalik Lathi Challenge

Tular Kerana ‘Lathi Challenge’, Ini Makna Di Sebalik Lagu Yang Dianggap Seram

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketika ini sedang tular mengenai Lathi Challenge di media sosial yang menampilkan kreativiti solekan pada wajah cantik sebelum berubah menjadi watak yang menakutkan.

Cabaran ini menggunakan lagu tema yang menggabungkan elemen muzik elektronik dan tradisional budaya Jawa berjudul Lathi, nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira.

Pada awalnya, cabaran ini dipopularkan oleh warga Indonesia bermula dari aplikasi TikTok dan kemudian menjadi hangat di Malaysia selepas seorang selebriti, Mawar Rashid menyahut cabaran ini dan mendapat perhatian ramai kerana kekreatifan video dalam masa yang sama timbul sedikit seram apabila memaparkan tukaran solekan seperti hantu siam.

Di sebalik lirik lagu Lathi

Bagi mereka yang pertama kali mendengar melodi lagu ini, pada awalnya terasa seperti lagu bahasa Inggeris biasa dan sedikit meremang apabila muncul rentak gamelan di pertengahan lagu.

Lagu Lathi merupakan single pertama dari kumpulan pemuzik genre EDM, Weird Genius dengan kolaborasi bersama rapper dari Surabaya, Sara Fajira. Kumpulan pemuzik ini terdiri daripada dua Youtuber serta seorang DJ yang semuanya berasal dari Indonesia.

Diberi judul Lathi yang mengambil perkataan dari bahasa Jawa Kuno, membawa makna ucapan atau secara harfiahnya bermaksud lidah.

Menurut portal Indonesia, lagu ini diinspirasi daripada pengalaman mereka yang terjebak dengan hubungan percintaan toksik dan didominasi dengan pembohongan serta ego.

Di Sebalik Lathi Challenge

“Kami memberi peluang kepada Sara untuk menulis dalam bahasa Jawa yang dapat membuat kami rasa gementar. Jadi lagu ini hasil kami berempat.

“Muziknya, kami mengimbangi lirik EDM dan Inggeris masa kini dengan elemen tradisional dari instrumen dan bahasa Jawa,” kata Eka, salah seorang Youtuber dalam kumpulan Weird Genius.

Bagaimanapun, perkongsian Lathi Challenge bertemakan lagu ini telah menimbulkan kontroversi tentang solekan dan tarian dengan mengenakan pakaian tradisional Jawa yang didakwa mempunyai unsur-unsur syirik dan khurafat.

Beberapa pendakwah dan penceramah bebas telah menegur dan meminta agar diberhentikan daripada meneruskan cabaran ini yang dilihat mengancam jati diti seseorang Muslim.

https://twitter.com/wandazrin/status/1268566683628662784

https://www.instagram.com/p/CA_ha9SpU-8/?utm_source=ig_embed