Menara TM Dijual

Tular Iklan Menara ‘Rebung’ TM Sedia Untuk Dijual, Ramai Tertanya Berapa Harganya?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lazimnya kita mendengar iklan menjual rumah dan beberapa hotel serta resort sedia untuk dijual akibat pandemik COVID-19 yang melanda. Namun, pernah terfikirkah iklan penjualan menara?

Tular di media sosial sebuah iklan penjualan Menara TM yang disiarkan dalam sebuah akhbar fizikal.

Melihat pada maklumat yang dikongsikan, menara yang merupakan salah satu daripada 10 bangunan tertinggi di Malaysia ini ditawarkan pada harga yang tidak didedahkan.

Bagaimanapun, tarikh tutup peringkat pertama bagi jualan Menara TM adalah pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac ini.

Menara TM Dijual
Sumber: Twitter

Menerusi iklan tersebut, Menara TM yang lengkap dengan helipad menawarkan menara pejabat berkeluasan 989,000 kaki persegi, pusat konvensyen seluas 92,431 kaki persegi, dewan pelbagai guna, kompleks sukan, klinik, pusat fisioterapi, pusat jagaan kanak-kanak dan masjid.

Menara yang diinspirasi daripada rebung yang dibelah tengah ini dibina dengan kos sekitar AS$160 juta (RM669.3 juta) juga memiliki lebih 1,700 lot parkir turut terletak berhampiran infrastruktur sokongan seperti laluan pejalan kaki serta Stesen LRT Kerinchi dan Universiti.

Bangunan yang terletak di Bangsar, siap dibina pada 2001 dan walaupun dengan umurnya yang sudah mencapai dua dekad, ia tetap boleh dikira sebagai salah satu seni bina paling unik di Malaysia ketika ini.

Difahamkan, ia menjadi bangunan ketiga Telekom Malaysia yang dijual; dua bangunan berhampiran Menara TM iaitu Menara TM Annex 1 dan Menara TM Annex 2 telah dijual pada tahun 2019.

Pemilik hartanah terkini Menara TM ialah Menara ABS Bhd, maka Telekom Malaysia (TM) tidak terbabit dengan penjualan tersebut.

Menara TM Dijual
Mungkin Avengers nak beli?

Sumber: BH