
Tular Gambar Wanita Kerja GrabFood Sambil Kendong Anak, Ini Penjelasan Suami Beliau
Semalam, tular gambar mengenai seorang wanita yang dikatakan sedang mencari rezeki bekerja sebagai pemandu GrabFood sambil mendukung anaknya. Penularan gambar itu dipercayai melalui laman sosial Facebook.
Ramai yang bersimpati berdasarkan penularan gambar tersebut termasuk beberapa portal media yang mengulas tanda simpati netizen terhadap wanita dalam gambar tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut FMT yang menghubungi suami kepada wanita itu menyatakan bukan isterinya yang bekerja sebagai pemandu GrabFood. Suaminya ketika itu ingin membuat penghantaran makanan terakhir kepada pelanggan di Kampung Kerinchi, Bangsar.
Kebetulan pula, ketika suaminya ingin mengambil makanan yang ditempah, turut membawa anak dan isteriya kerana mengingkan makanan di restoran makanan segera yang sama.
“Kebetulan anak saya nak aiskrim, isteri saya pun nak beli makanan di McDonalds, jadi saya membawa mereka sekali untuk mengambil tempahan yang dibuat.
“Kemudian saya menghantar mereka di rumah terlebih dulu kerana rumah saya dekat dengan rumah pelanggan yang membuat tempahan,” katanya.
Menjelaskan keadaan itu suaminya berkata beliau terkejut dengan gambar yang disebarkan sejak tiga hari lalu dengan menyatakan ia adalah pengorbanan isteri yang menyara keluarga dengan terpaksa membawa anak kecil keluar pada waktu malam.
Dengan penularan yang berlaku, suaminya risau perkara itu akan menjejaskan keadaannya yang mmungkin tidak boleh membuat perkhidmatan GrabFood. Tambahan, dia yang bekerja sendiri kini membuat perkhidmatan GrabFood sejak enam bulan lalu bagi mencari pendapatan sampingan untuk menyara isteri dan dua orang anaknya.
Seorang pengguna Facebook yang bertanggungjawab menular gambar berkenaan bagaimanapun telah memadam hantaran tersebut dan memohon maaf atas penyebaran itu. Katanya lagi, hantaran itu hanya sekadar terinspirasi dengan kegigihan wanita itu yang sanggup bersusah payah menolong suami dengan membawa anak-anak.
Sumber: FMT
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S2hzYAIBw/