Tular Gambar Singa Kurus Kering Di Zoo Sudan 3

Tular Gambar Singa Kurus Kering Di Zoo Sudan, Aktivis Haiwan Anjur Kempen Solidariti

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gambar singa di sebuah zoo di Sudan yang berada dalam keadaan kurus kering meruntun hati orang ramai selepas tular di media sosial.

Gara-gara tidak mendapatkan makanan dan minuman yang mencukupi, singa-singa di zoo di bawah kendalian bandar Khartoum ini berada dalam keadaan lemah dan kelaparan.

Singa Kurus Kering Di Zoo Sudan 2

Hanya tinggal kulit dan tulang, keadaan singa yang menyedihkan di Taman Singa Afrika, Taman Al-Qureshi, Sudan menyebabkan orang ramai marah terutamanya aktivis yang bangkit mendesak orang ramai serta institusi berkenaan membantu dalam memulihkan mereka.

Tular Gambar Singa Kurus Kering Di Zoo Sudan

Dalam keadaan ekonomi yang gawat di Sudan selepas pergolakan politik dan ekonomi selepas pembongkaran Presiden Omar Hassan al-Bashir April tahun lalu, berlaku peningkatan pada harga makanan dan krisis tunai.

BACA: Pengunjung China Sanggup Beratur Panjang Semata Mahu Hidu Najis Panda

Menurut data daripada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerana keadaan ekonomi yang ‘rapuh’, kira-kira 9.3 juta penduduk daripada jumlah populasi 43 juta memerlukan bantuan kemanusiaan pada 2020 dan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada haiwan-haiwan yang berada di zoo.

Tular Gambar Singa Kurus Kering Di Zoo Sudan 1

Hasil lawatan aktivis yang membantu membersihkan kawasan taman dan membaiki kemudahan di sana mendapati seekor daripada lima ekor singa diikat dan diinfus (seduhan) berikutan daripada masalah dehidrasi, manakala daging mentah yang rosak sudah dihurung lalat.

Singa Kurus Kering Di Zoo Sudan 4

Dengan #Sudananimalrescue, kempen yang dimulakan secara dalam talian oleh Osman Salih adalah bertujuan untuk mengumpul dana membeli makanan serta ubatan untuk singa-singa berkenaan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3317004775041350&set=a.159496524125540&type=3

Dikelaskan sebagai spesies rentan (mudah jatuh sakit) oleh badan pemuliharaan antarabangsa, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam, tiada data mengenai bilangan singa di Sudan.

Populasi singa di dunia mengalami kejatuhan sebanyak 43% di antara tahun 1993 hingga 2014 membawa kepada anggaran hanya 20,000 sahaja yang hidu di seluruh benua setakat hari ini.

Sumber: NY Times