Tular Gambar Pati Kiub Knorr Perasa Pork Babi

Tular Gambar Pati Kiub ‘Pork’ Jenama Knorr Di Pasaran Malaysia, Ini Respon JAKIM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa hari ini, tular beberapa keping gambar pati kiub perasa babi atau pork dijual di pasaran Malaysia yang diletakkan bersebelahan dengan perasa pati kiub Knorr yang lain.

BACA: Guna Tulang Haiwan, Lebih 120 Jenama Penapis Air Diragui Status Halal

Menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna terutamanya yang beragama Islam, JAKIM telah tampil menjelaskan perkara ini.

Tular Gambar Pati Kiub Knorr Perasa Pork Babi 1

Menurut JAKIM, perkara ini sudah tular sejak tahun 2016 lagi dan ianya bukanlah dikilangkan di Malaysia dan tidak layak memiliki pengesahan halal serta tiada sebarang penandaan logo halal yang tertera pada bungkusan.

https://www.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.744506395708636/1515164071976194/?type=3&theater

Pemilik jenama Knorr, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd pada Disember 2018 lalu juga telah mengesahkan bahawa pihak syarikat tidak mengimport atau mengedar sebarang pati kiub yang tular gambar di pasaran Malaysia dan komited dalam mematuhi peraturan serta standard berkaitan halal selaku pemegang Sijil Pengesahan Jalal Malaysia yang masih sah.

Mencari makanan halal sudah menjadi kewajiban setiap yang bergelar Muslim. Merupakan satu isu yang sensitif dalam kalangan masyarakat Muslim, mash ramai yang tertipu dengan papan tanda serve no porkpork free dan no lard.

Apa yang membezakan halal dan no pork? 

HALAL – Premis bebas daripada menyediakan masakan berasaskan khinzir, arak dan haiwan darat yang tidak disembelih. Malah peralatan yang digunakan juga bebas daripada najis.

NO PORK – Premis hanya memaklumkan premis tidak menjual makanan berasaskan daging khinzir. Tidak boleh dianggap sebagai premis yang menjual makanan halal.

Sumber: JAKIM