
Tular Gambar Meniti Batang Paip Untuk Ke Sekolah, Netizen Persoal Tugas Pihak Berwajib
Di saat institusi persekolahan di kawasan Semenanjung semakin maju seiring teknologi dan zaman, institusi persekolahan yang berada di kawasan Sabah dan Sarawak masih lagi banyak tertinggal di belakang.
Jika anak-anak di Semenanjung masih lagi boleh dikira selesa berjalan kaki ke sekolah, anak-anak yang berada di Sabah dan Sarawak masih lagi perlu ‘bertarung’ nyawa setiap hari semata-mata demi mendapatkan ilmu.
Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai beberapa keping gambar yang memperlihatkan pengorbanan anak-anak yang perlu meniti sebuah jambatan besi yang sebenarnya sebatang batang paip untuk ke sekolah.
Nilah 'jambatan' yang digunakan murid murid untuk kesekolah, lokasi Kg Muhang, Kota Merudu.. Siapa MP Merudu, dok di KL ke tahu penderitaan rakyat dikawasannya.. pic.twitter.com/0ItNrYtNqP
— BULETIN RMS (@RajaMohdShahrim) January 10, 2020
Dalam hantaran gambar yang sudah diulang ciap sebanyak 11,200 itu juga memperlihatkan ada ibu bapa yang sanggup bergadai nyawa mendukung anak-anak meniti jambatan paip tersebut bagi menyeberangi Sungai Jambutan.
Menjadi tular, ramai daripada netizen meluahkan rasa sedih dan marah kerana tiada tindakan awal yang diambil daripada pihak bertanggungjawab yang memegang kawasan tersebut.
Menurut laporan Berita Harian dua hari lalu, Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Zon Utara Daerah Kudat telah meninjau lokasi berkenaan dan mengusullkan kepada pihak atasan agar jambatan tersebut dinaik taraf.
Untuk pengetahuan anda, setiap kali hujan lebat, jambatan di kampung ini akan ditenggelami air menyebabkan penduduk tiada pilihan lain untuk ke seberang dengan meniti jambatan paip tersebut.
Sampai bila menteri di Malaysia mahu fokus kepada isu-isu tidak penting seperti jenis kenderaan yang akan digunakan sebagai kereta rasmi serta bantahan Jawi yang akan diletakkan dalam silibus di sekolah vernakular?
BACA: Kerajaan Akan Teruskan Guna Proton Perdana, Bukan Vellfire
Kan ada baiknya jika lebih fokus kepada keperluan rakyat terutamanya mereka yang hidup di kawasan pedalaman serta serba daif.
Trending now



