Askar Dibuli Senior Dalam Kem Bujang

Tular Aduan Sering Dipukul Dan ‘Dipau’ Senior Dalam Kem Askar, Netizen Berang Masih Ada Pertahan Budaya Buli

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular Aduan Sering Dipukul Dan ‘Dipau’ Senior Dalam Kem Askar.

Pelbagai peristiwa memperlihatkan bahawa masyarakat kurang mengamalkan budi bahasa sebagai budaya hidup.

Isu gengsterisme dan buli seolah merajai masyarakat masa kini yang boleh menggugat perpaduan kaum, selain dera yang membawa kematian seperti kejadian yang menimpa seorang penuntut UPNM yang menggemparkan semua rakyat.

Baru-baru ini, tular satu aduan di media sosial menerusi akaun pengguna Twitter, @pedoqpop oleh seorang individu yang mahu identitinya dirahsiakan, mendakwa bahawa adiknya yang sedang menuntut di sebuah kem tentera telah dibuli oleh penuntut senior.

Menurut individu terbabit, adiknya sering dipukul dan diminta wang gajinya untuk membeli barang keperluan senior berkenaan yang dianggarkan seramai 12 hingga 14 orang.

Ujarnya, walaupun aduan sudah dibuat kepada pihak atasan, mereka yang terlibat ini hanya dikenakan denda kawad selama 45 minit sahaja.

Pengadu juga buntu dan berasa bimbang akan keselamatan adiknya dan tidak mahu kes Allahyarham Zulfarhan kembali berulang.

Askar Dibuli Senior Dalam Kem Bujang
Sumber: Twitter

Menteri Kanan Pertahanan tampil beri respon

Susulan aduan tular itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin di laman Twitter memohon si pengadu menghubunginya untuk butiran terperinci.

“Mohon individu disebalik mesej ini utk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya/hubungi pejabat saya segera.

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan.Timbalan Menteri juga telah diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi.

“Jika sahih, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Dalam pada itu, pengadu juga memberitahu mereka kini dalam proses untuk mengumpulkan bukti daripada mangsa dan akan menghubungi menteri dengan segera.

Tambah pengadu, mereka sekeluarga sukar tidur kerana menantikan panggilan telefon daripada adiknya. Malahan, mangsa dikatakan tidak pernah mengadu kes sebegini ketika sedang dalam latihan sebelum ini.

Askar Dibuli Senior Dalam Kem Bujang
Sumber: Twitter

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen bengang dan mengecam budaya buli dalam kalangan askar lebih-lebih lagi selepas kejadian yang menimpa Allahyarham Zulfarhan.

Namun begitu, ada juga yang mempertahankan budaya buli dan ‘ragging‘ itu dengan mendakwa ia telah menjadi lumrah dalam kalangan askar.

“Matlamat tak pernah nak menghalalkan cara. Banyak lagi cara yg boleh pakai, for the purpose of learning and building process.

“Budaya yang ini, budaya menindas. Zalim namanya, orang diperlakukan macam tu sikit pun tak redha.”

“Inilah akibatnya bila kes-kes macam Zulfarhan tidak mendapat hukuman setimpal. Orang tak takut nak membuli. Patutnya gantung sampai mati depan org awam.”