
Tukar Dengan Beras, Inisiatif Filipina Selesaikan Masalah Lambakan Sampah
Akibat lambakan sampah yang tidak terkawal, sebuah perkampungan di Bayanan, FIlipina mengambil inisiatif menawarkan pertukaran sampah dengan beras kepada penduduknya.
Setiap 2kg sisa plastik untuk dikitar semula atau dilupuskan yang diserahkan, penduduk boleh mendapatkan 1kg beras sebagai tukaran.
Untuk pengetahuan anda, FIlipina merupakan penyumbang utama kepada pencemaran plastik marin akibat daripada kegagalan undang-undang sedia ada yang gagal menyelia pembuangan sisa pepejal atau peraturan pembuatan pembungkusan.
Program inisiatif dalam usaha mengurangkan lambakan sisa sampah di FIlipina ini telah memberikan manfaat bukan sahaja kepada persekitaran alam sekitar agar lebih bersih dan mengajar orang ramai cara yang betul dalam melupuskan sampah tetapi juga dapat membantu mengurangkan bebanan ekonomi penduduk.
Sumber: Berita Harian
Seniman yang amat baik hatinya dan tiada ganti.
P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



