Pemain Lindung Tutup Aurat

Tudung Pemain Bola Wanita Terlucut, Pihak Lawan Buat Bulatan Lindungi Aurat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bola sepak antara sukan yang mempunyai cerita tersendiri, pelbagai momen menyentuh hati antara pemain mahupun peminat yang kita dapat lihat.

Baru-baru ini, tular sebuah video perlawanan bola sepak wanita yang dipercayai di Timur Tengah iaitu pemain pasukan Shahab al Ordon, sebuah kelab dari Jordan, membuat bulatan bagi menutup seorang pemain lawan yang tudungnya hampir terlucut.

Menerusi video itu, kejadian itu berlaku berikutan seorang pemain Arab Orthodox Club tertanggal tudungnya ketika beliau cuba mengelecek beberapa pertahanan.

Tindakan lima orang pemain-pemain Shahab berhenti meneruskan permainan demi melindungi aurat wanita berkenaan daripada dilihat umum mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji tindakan tersebut dan patut dijadikan contoh untuk pemain lain.

Perlawanan tersebut memberi kemenangan kepada pasukan Shahab (baju merah) dengan mengalahkan Arab Orthodox sebanyak 10-1.

Larangan memakai tudung dibatalkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak 2014. Salah seorang pemain bola sepak di Kanada, Asmahan menjadi punca FIFA membenarkan pemakaian hijab semula dalam perlawanan rasmi bolas sepak melibatkan wanita. Pertandingan pertama yang menyaksikan pemain dibenarkan bertudung ialah ketika Piala Dunia Wanita (bawah 17 tahun) di Jordan pada 2016.

Pemain Lindung Tutup Aurat
Gambar Hiasan

Sumber: ProjekMM