Tuduh Veveonah Menipu, Netizen Mula Bongkar ‘Kejujuran’ Kelulusan Zahidi 3

Tuduh Veveonah Menipu, Netizen Mula ‘Londehkan’ Kebenaran Kelulusan Zahidi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tuduh Veveonah menipu, netizen mula ‘londehkan’ kebenaran kelulusan Zahidi.

Isu tuduhan kepada pelajar Universiti Malaysia yang tular, Veveonah Mosibin  nampaknya masih belum reda.

BACA: Dituduh Menipu Untuk Publisiti, Veveonah Diminta Saman Timbalan Menteri KKMM

Terbaharu, Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim dalam satu kenyataan di Facebook mendakwa telah membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut sebelum ianya kemudian dipadamkan.

Geram dengan tindakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang memulakan isu ini, netizen telah melakukan operasi mencari ‘kejujuran’ di sebalik kelulusan pendidikan beliau.

BACA: Jalil Rasheed Sah Bukan Graduan LSE

Zahidi dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Sains Politik (Irish International University – IIU), Ijazah Pentadbiran Perniagaan Northern California Global University) dan Diploma Pentadbiran Awam (Universiti Teknologi Mara – UiTM).

Tuduh Veveonah Menipu, Netizen Mula Bongkar ‘Kejujuran’ Kelulusan Zahidi 1
Sumber: Fiqri Shuib via Harian Metro

https://twitter.com/asrulmm/status/1302975090133356544

Untuk pengetahuan anda, kelulusan akademik yang dimiliki Zahidi diketahui umum sebagai meragukan sejak daripada beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Media dan Komunikasi pada Mac lalu.

Menurut sumber daripada media Malay Mail, Global University merupakan sebuah institusi yang menawarkan pengajian berasaskan kepada bidang pengajian teologi Kristian antaranya adalah kaunseling pastoral.

https://twitter.com/Benji827/status/1303097039232708608

Menerusi tinjauan di laman webnya, Global University mendakwa mereka sebagai ‘a fully accredited non-profit Christian University’ dan tidak menawarkan program MBA kecuali yang berkaitan dengan pengajian agama Kristian seperti Master of DIvinity dan Doctor of Ministry.

Hasil carian lanjut mendapati laporan BBC pada tahun 2008 pernah membongkarkan bahawa IIU pernah terlibat dalam scam kelulusan palsu yang menargetkan pelajar di seluruh dunia.

Tuduh Veveonah Menipu Untuk Publisiti, Zahidi Digesa Letak Jawatan 3
Sumber: PN BBC

Malay Mail memberitahu, hasil menghubungi pihak yang rapat dengan Zahidi mendapati Zahidi tidak menggunakan profil timbalan menteri seperti yang digambarkan sebaliknya hanya meletakkan pendidikan diploma beliau sebagai akreditasi akademik tertinggi dalam edaran kepada media pada April lalu.

Tuduh Veveonah Menipu, Netizen Mula Bongkar ‘Kejujuran’ Kelulusan Zahidi 4

Sebelum ini, beberapa menteri pernah juga berdepan isu menggunakan sijil kelulusan palsu, antaranya YB Senator Datuk Wira Haji Marzuki Yahaya, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Khong.