
Tuan Haji Mohamad: Anggota Polis Pertama Gunakan Nombor Badan 1
Tahukah anda siapakah anggota polis pertama yang menggunakan nombor badan PC 1?
BACA: Polis Berhak Semak Telefon Bimbit Orang Awam – KDN
Telah berkhidmat bersama dengan pasukan polis selama 25 tahun, beliau merupakan bekas Sarjan Gelap, Allahyarham Tuan Haji Mohamad bin Rahmat.
Sepanjang berkhidmat dengan pihak polis, Allahyarham Tuan Haji Mohamad telah menerima lima puluh satu penghargaan di atas perkhidmatan cemerlangnya dan yang tertinggi adalah Imperial Service Medal.
Pingat yang disampaikan oleh Residen Inggeris Negeri Sembilan dengan disaksikan oleh DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah pada 7 Disember 1932.
Catatan mengenai sejarah dan khazanah ini sekarang tersimpan di IPD Jeli, Kelantan.
Allayarham Tuan Haji Mohamad merupakan anggota polis pertama yang menggenakan pengenalan jati diri sistem bernombor ini sejak sistem kepolisan ditubuhkan pada 1807.
Nombor badan yang juga dikenali sebagai No. IS Pegawai boleh digunakan untuk aduan sekiranya orang awam melihat anggota melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang.
Seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, anda boleh melakukan aduan di laman web sekiranya anggota melakukan salah laku menurut Seksyen 24 (1) Akta 700:
1. Tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai yang:
- berlawanan dengan undang-undang bertulis
- berdasarkan kesilapan undang-undang atau fakta
- alasan patut diberikan tetapi tidak diberikan
- adalah tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar
- dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan atau pertimbangan yang tidak berkaitan
2. Gagal mengikuti kaedah dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang atau pihak berkuasa yang berkenaan.
3. Apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan.
Trending now



