Takut Jarum Suntik

Trypanophobia – Ketakutan Berlebihan Dengan Jarum Suntik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Trypanophobia – Ketakutan Berlebihan Dengan Jarum Suntik.

Seperti yang kita ketahui, terdapat ratusan jenis fobia atau ketakutan yang dialami oleh manusia di seluruh dunia.

Fobia juga dikategorikan sebagai penyakit mental dibawah kecelaruan kebimbangan. Fobia bukanlah kategori besar dalam penyakit mental tetapi ianya menarik dan mendapat perhatian.

Kita kini sedang memasuki fasa yang mana akan diberikan suntikan vaksin COVID-19 untuk mengawal dan mengakhiri pandemik yang cukup memberi kesengsaraan kepada masyarakat dunia.

Meskipun vaksin menjadi jawapan untuk mengatasi kekhuatiran kita di era pandemik ini, tetapi tidaklah semudah itu untuk kerajaan menjalani program vaksinasi.

Selain sebahagian kecil yang cukup lantang menentang vaksin di media sosial sehingga mempengaruhi orang lain, mereka yang takut terhadap jarum suntikan juga perlu diambil perhatian.

Bagi sebahagian orang, rasa takut tersebut telah pun menjadi fobia yang dikenali dengan istilah trypanophobia.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, trypanophobia ialah letakutan yang melampau terhadap prosedur perubatan yang menggunakan jarum.

Ini termasuklah semua bentuk suntikan memasukkan ubat, pengambilan darah ataupun apa sahaja yang melibatkan penggunaan jarum.

Fobia ini melibatkan lebih kurang 10 peratus orang ramai. Mereka ini akan mengelak dari jika disuruh ke hospital dan lebih rela mati daripada membenarkan diri mereka dilakukan apa-apa prosedur yang melibatkan jarum.

Dalam jurnal perubatan yang diterbitkan pada 1995, ketakutan pada jarum memberikan kesan terhadap rawatan kepada pesakit.

Ramai yang tertanya-tanya apa puncanya seseorang boleh takut pada jarum yang halus ini?

Menurut Dr. James G. Hamilton, pada zaman kehidupan manusia belum bertamadun, manusia takut terhadap gigitan binatang buas atau berbisa.

Mereka membayangkan taring binatang buas yang tajam menggigit kulit tubuh. Kemudiannya ketakutan ini berevolusi kepada ketakutan pada kecederaan tikaman pisau dan pedang dan akhirnya berevolusi menjadi ketakutan pada jarum.

Ketakutan ini juga melibatkan baka keturunan (genetik). Jika ada di antara ahli keluarga yang takutkan jarum, ini bermakna ahli keluarga lain juga mempunyai kebarangkalian untuk takut pada jarum. Cuma mungkin ahli keluarga yang lain tidak mempunyai tahap ketakutan yang serius.

Sayangnya, vaksinasi perlu tetap dijalani walaupun kepada mereka yang takut dengan jarum suntik.

Takut Jarum Suntik

Atasi ketakutan terhadap jarum suntik

Ini beberapa tip yang anda boleh terapkan apabila menerima suntikan vaksin nanti.

1. Jangan terlalu fikir

Benar, jika anda takut dengan jarum sangat sukar untuk menghilangkan pemikiran itu. Tetapi, cubalah untuk tidak terlalu obses agar tidak menjejaskan kesihatan mental anda.

Ingatkan diri anda bahawa anda pernah melakukannya sebelum ini dan tidak ada yang berlaku.

2. Fokus pada kesan positif

Sekiranya rasa takut itu tidak hilang, cubalah fokus memikirkan kesan positif yang akan anda perolehi setelah diberi vaksin.

3. Alihkan perhatian

Ketegangan yang anda rasakan mungkin akan meningkat cepat apabila tiba di tempat vaksinasi. Pada ketika itu, cuba alihkan perhatian dengan fikir tentang sesuatu yang lain.

Sumber: MyHealth, Tribun Kesihatan