Trump Tetap Percaya Penggunaan Hydrochloroquine Mampu Rawat COVID-19

Sumber: Finance and Markets

Meskipun berkali-kali dikecam dan dikritik orang ramai dan juga pakar perubatan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tetap percaya dengan keputusannya bahawa penggunaan ubat jenis hydrochloroquin mampu merawat mereka yang dijangkiti COVID-19.

Mencatatkan kes positif lebih 1.57 juta, kadar kematian di Amerika Syarikat kini dilaporkan sudah mencecah 93,533 dengan jumlah sembuh seramai361,180 orang. Daripada 1.15 juta kes yang masih aktif, seramai 17,249 daripadanya dilaporkan sedang dalam keadaan kritikal.

Terdahulu, Trump telah menampilkan beberapa cadangan yang tidak masuk akal dan menyebabkan mereka yang mengikuti cadangannya berada dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia.

BACA: Catat Sejuta Kes Positif, Presiden AS Sekali Lagi Tampil Dengan ‘Cadangan Bijak’ Rawat COVID-19

Antaranya mencadangkan agar pesakit COVID-19 makan gabungan ubat jenis hydroxychloroquine dan azithromycin yang dikatakan berpotensi membawa perubahan besar dan menjadi sejarah dalam bidang perubatan.

Trump Henti Hantar Dana Kepada WHO, Dakwa Badan Berkenaan Gagal Jalankan Tugas Dasar 1
Sumber: Reuters

Disebabkan percaya dengan saranan Trump, sepasang suami isteri telah memakan ubatan jenis chloroquine fosfat iaitu sejenis bahan pencuci akuarium yang mempunyai nama yang hampir sama dengan dua ubat yang disarankan Presiden AS sehingga menyebabkan pasangan lelaki itu meninggal dunia manakala isterinya pula berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Banner Health Hospital di Pheonix, ubatan jenis chloroquine fosfat mempunyai kandungan aktif yang sama seperti ubat malaria dan tidak sepatutnya dimakan bagi merawat atau mencegah COVID-19.

Meskipun Bahagian Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran bahawa kedua ubatan yang disebut Trump hanya boleh digunakan di hospital atau pun ujian klinikal kerana boleh membunuh dan menyebabkan kesan sampingan yang serius, Trump tetap percaya dengan keputusannya bahawa ubat jenis itu dapat menyembuhkan pesakit COVID-19.

Tonton lanjut dalam video di bawah:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.