Trump Lantik CEO WWE Sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat

Trump Lantik CEO WWE Sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak semua destinasi terutama di luar negara berkaitan tentang tandas adalah sama seperti negara kita. Sesetengah kawasan tiada kelengkapan tandas yang biasa kita guna.

Sehinggakan semua barang hendak dibawa menyebabkan beg kita menjadi berat kemudian menyesal kerana perlu tambah kos bagasi.

Jadi, bagi mengelakkan kerisauan daripada menggunakan tandas yang tidak biasa guna dan beg yang berat? Anda perlu ada empat barangan ini untuk dibawa kemana-mana ketika melancong.

Empat barang WAJIB BELI untuk memudahkan anda ketika melancong.

1. Toilet Cover Pad

Barang Penting Jaga Kebersihan Untuk Travel
Sumber: FB Ben Amir

Sering kita lihat apabila masuk ke tandas, pasti ada kesan tapak kasut pada kawasan tempat duduk tandas. Memang terus hilang mood untuk membuang hajat kerana terlalu risau dengan tahap kebersihan kawasan tandas.

Solusinya, gunakan toilet cover pad, jika beli di Shopee boleh dapat pada harga RM1 sahaja.

2. Portable Refillable Travel Bottle 4 in 1

Barang Penting Jaga Kebersihan Untuk Travel
Sumber: FB

Barang ini bagus untuk anda yang tidak suka bawa banyak botol saiz travel. Dalam satu botol ini ada empat botol kecil dan mudah untuk digunakan. Bukan itu sahaja, botol ini sangat ringan dan tidak perlu disimpan dalam bagasi.

Cadangan isian untuk botol ini:

  • losyen
  • minyak wangi
  • toner
  • makeup remover
  • day or night cream
  • sunblock
  • sabun mandi
  • syampu

Harga di Shopee lebih kurang RM10 – RM15.

3. Travel Storage Resealable Vacuum Bag

Barang Penting Jaga Kebersihan Untuk Travel
Sumber: FB

Ia sangatlah membantu anda untuk menjimatkan ruang dalam bagasi, bawalah baju sebanyak mana selagi boleh muat. Pakaian tebal seperti jaket dan tuala boleh jadi ‘senipis bawang’.

Beli dalam talian sangat berbaloi, boleh dapat pada harga RM2 – RM4 manakala storage bag ikut pada saiz, harga bermula RM2 – RM5.

4. Hanger Portable

Barang Penting Jaga Kebersihan Untuk Travel
Sumber: FB

Penyangkut baju juga penting apabila menginap di hotel atau homestay. Selalunya penginapan yang kita dapat tidak menyediakan penyangkut baju yang banyak. Solusinya, belilah penyangkut baju portable – boleh dilipat menjadi kecil hingga muat saiz beg anda.

Beli di Shopee untuk satu penyangkut baju boleh dapat pada harga RM1.

Barang Penting Jaga Kebersihan Untuk Travel
Sumber: FB

Jadilah seorang pelancong yang bijak. Semoga bermanfaat!

Sumber: Ben Amir Izzat