
Trump Kecewa Dimaklumkan Kemungkinan Dijangkiti COVID-19 Selepas Pengiring Elit Sah Positif
Menurut sumber dari White House, Donald Trump kecewa selepas dimaklumkan salah seorang daripada pengiring elitnya disahkan positif dijangkiti COVID-19.
Berita bahawa individu yang sentiasa bekerja rapat di sisi Presiden Amerika Syarikat dan keluarga serta White House disahkan positif disahkan sebagai benar oleh Setiausaha Akhbar White House, Hogan Gidley.
BACA: Trump Henti Hantar Dana Kepada WHO, Dakwa Badan Berkenaan Gagal Jalankan Tugas Dasar
Selepas berita berkenaan disahkan, Trump dikatakan sangat kecewa kerana terdapat kemungkinan bahawa beliau juga berisiko untuk positif wabak pandemik tersebut.

Walau bagaimanapun selepas menjalani ujian saringan, Trump dan Naib Presiden, Mike Pence didapati bebas daripada wabak pandemik itu dan berada dalam keadaan sihat.
Berita ini turut menyebabkan beberapa kontak rapat dan petugas di White House terpaksa menjalani ujian saringan COVID-19 termasuklah kakitangan kanan yang selalu berinteraksi dengannya.
Trump sebelum ini mengumumkan mengarahkan pihaknya berhenti daripada menghantar dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana mendakwa WHO melebihkan China dalam menangani COVID-19 di dunia.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1893510847448789
Merasakan WHO gagal laksanakan tugas dasarnya iaitu menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia, Trump menegaskan banyak nyawa boleh diselamatkan sekiranya WHO pantas bertindak selepas mendapat laporan awal penularan pandemik berkenaan di China.
Trump sebelum ini telah dikritik hebat kerana menyamakan virus COVID-19 sebagai selesema biasa kerana mempunyai simptom sama seperti wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) yang telah menyebabkan kematian kepada 349 orang di China dan 299 orang di Hong Kong sekitar tahun 2002 hingga 2003.
BACA: Trump Lantik CEO WWE Sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat
Bagi mengembalikan kegemilangan ekonomi negara Amerika Syarikat, Trump telah menubuhkan satu kumpulan yang terdiri daripada individu pelbagai sektor seperti perbankan, peruncitan, sukan, teknologi dan ahli fikir bagi memastikan ekonomi Amerika Syarikat dibuka semula dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Trending now



