Trump Cemuh Parasite Penerbit Filem Komen

Trump Cemuh Kemenangan ‘Parasite’ Di Oscars, Ini Komen Padu Penerbit Filem

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seperti biasa, ada sahaja perkara yang tidak kena di mata Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump apabila berkaitan tentang negara tercintanya.

Filem ‘Parasite’ merangkul anugerah bagi kategori Filem Terbaik di Oscars 2020, ini menjadikan ia filem pertama bahasa asing yang berjaya mencatat rekod dalam anugerah berprestij ini.

Kemenangan bersejarah ini disambut gembira penggemar filem kerana menyokong dan bersetuju dengan anugerah yang selayaknya diberi kepada mereka namun individu berpengaruh ini memilih sebaliknya.

Trump bertindak mencemuh keputusan Anugerah Oscars yang mengiktiraf filem Korea Selatan ini di hadapan ribuan penyokongnya yang hadir dalam kempen satu perhimpunan di Colorado Springs semalam.

Trump Cemuh Parasite Penerbit Filem Komen
Sumber: CNN

“Adakah anda tonton? Betapa teruknya Anugerah Akademi tahun ini?”

“Dan pemenangnya adalah, filem dari Korea Selatan, apa yang dah berlaku ini?”

“Kita sudah berdepan banyak masalah dengan Korea Selatan dalam isu perdagangan, mereka pula diangkat sebagai Filem Terbaik tahun ini? Adakah itu berita baik? Saya tidak tahu,” tegasnya.

Menurut Trump, dia lebih memilih filem klasik Hollywood seperti ‘Gone with the Wind’ (1939) dan ‘Sunset Boulevard’ (1950) berbanding filem arahan Bong Joon-ho itu.

Susulan cemuhan Trump itu, syarikat penerbitan filem dari Amerika Syarikat, Neon memberikan kenyataan balas.

Neon menganggap mungkin Trump tidak faham akan terjemahan dalam filem tersebut.

“Boleh difahami. Dia tidak boleh membaca,” kata Neon menerusi akaun Twitter rasminya dengan mengenakan hashtag #Parasite #BestPicture #Bong2020 pada hantaran itu.

Kejayaan Parasite ini bakal diadaptasi sebagai siri eksklusif di HBO dengan kerjasama Adam McKay dan pengarah filem ini.

Trump Cemuh Parasite Penerbit Filem Komen
Sumber: Reuters