Trump Buat U-turn, Bekas Penasihat Keselamatan Negara Kantoikan Rayuan Beliau Kepada China Bagi Menangi Pilihan Raya 2020

Amerika Tuduh China Curi COVID-19

Trump buat u-turn.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kantoi telah merayu bantuan daripada China untuk memenangi pilihan raya semula tahun ini selepas bekas penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat, John Bolton mendedahkannya dalam satu buku yang ditulisnya.

BACA: Angkuhnya China Namun Tersungkur Hanya Kerana Koronavirus

Dalam dakwaan itu, Bolton menjelaskan Trump terlalu fokus untuk memenangi pilihan raya buat kali kedua menjadi faktor kepada semua dasar asing ciptaannya.

Bolton kemudiannya sering dijadikan sebagai mangsa kepada pimpinan Republikan lain untuk diperkecilkan selepas keputusan Trump yang tidak dipandu oleh percaturan politik sukar untuk beliau kenal pasti.

AS Dakwa Virus COVID-19 Dari Makmal Wuhan

Dalam pertemuan penting bersama Presiden China, Xi Jinping pada tahun lalu, Trump dikatakan telah menukar tajuk perbualan kepada pilihan raya presiden Amerika Syarikat dan menyentuh mengenai keupayaan ekonomi China yang boleh mempengaruhi keputusan akhir pilihan raya dan merayu bantuan Xi untuk mencapai kemenangannya.

Tidak ketinggalan, isu perang perdagangan antara Huawei dengan Amerika Syarikat juga disentuh Bolton dalam bukunya.

Trump buat u-turn

Dalam satu petikan yang dikeluarkan Wall Street Journal hari ini, Bolton mendedahkan bahawa Trump akan menarik semula kesemua dakwaan ke atas Huawei sekiranya China bersetuju untuk menandatangani perjanjian perdagangan baharu mereka.

BACA: China Mungkin Senarai Hitam Syarikat Apple Susulan Perang Dagang AS-Huawei

Bolton turut mendedahkan buku berkenaan pernah cuba dihalang oleh Trump daripada diterbitkan atas alasan kerana mengandungi maklumat sulit negara. Manuskrip buku Bolton ini disemak terlebih dahulu oleh agensi Amerika Syarikat beberapa lalu sebelum dibenarkan untuk diterbitkan.

Dalam satu respon kepada dakwaan tersebut, Trump menuduh Bolton sebagai penipu.

Sumber: Wall Street Journal