Trio Jurassic World 3 Kembali

Trio Bintang Asal Francais Jurassic Kembali Untuk Filem ‘Jurassic World 3’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masih ingat lagi dengan pelakon asal filem ‘Jurassic Park’ (1993)? Universal Pictures dan Amblin Entertainment secara rasmi mengesahkan bahawa pelakon asal francais Jurassic iaitu Sam Neill, Laura Dern dan Jeff Goldbulm akan kembali memainkan watak mereka dalam sekuel akan datang, Jurassic World 3.

Menurut pengarah francais Jurassic, Colin Trevorrow berkata ketiga-tiga pelakon asal ini akam memainkan perana besar dalam filem akan datang bersama-sama pelakon utama Jurassic World, Chris Patt dan Bryce Dallas Howard.

Salah seorang trio bintang asal, Jeff Goldblum akan sekali lagi memainkan watak sebagai Dr. Ian Malcolm yang sebelum ini pernah membuat penampilan menerusi filem ‘Jurassic World: Fallen Kingdom’. Sam Neill memainkan peranan sebagai Alan Grant iaitu seorang ahli paleontologi dan Laura Dern sebagai Profesor Ellie Sattler.

Trio Jurassic World 3 Kembali
Sumber: ScreenCrush

Frank Marshall dan Pat Crowley sekali lagi menjadi penerbit, Trevorrow juga akan bekerjasama dengan Emily Carmichael untuk menghasilkan skrip filem Jurassic World 3.

Dikhabarkan, penggambaran akan bermula pada awal tahun depan manakala tarikh tayangan ditetapkan pada 11 Jun 2021.

Sumber: The Verge

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S0SYuBpJj/