
‘Trigger Finger’: Fenomena Jari Tersangkut Selepas Menggenggam
Pernah atau tidak anda mengalami masalah jari tersangkut selepas menggenggam tangan? Jika pernah, tahukah anda bahawa ianya adalah sejenis gejala yang dipanggil trigger fingger atau jari picu?
Apa sebenarnya trigger finger?
Trigger fingger merupakan masalah pada jari yang dialami akibat keradangan pada ligamen A1 pulley (takal) yang membalut tendon pembengkok jari atau pun keradangan tendon itu sendiri.
Apabila berlaku keradangan, pulley dan tendon akan membengkak dan menyebabkan tendon tersekat di dalam terowong serta akan menghasilkan bunyi ‘pop’ semasa anda cuba untuk meluruskan jari.
Setiap kali tendon tersekat, ianya akan menyebabkan radang semakin meningkat dan teruk sehingga terjadinya biji kecil (nodule) pada kawasan jari.
Apakah punca trigger fingger?
Trigger fingger berlaku akibat daripada aktiviti menggenggam dan memicit berulang kali, kecederaan pada jari, tekanan dan pereputan tulang. Trigger fingger juga lebih kerap berlaku kepada penghidap kencing manis dan wanita berusia 50 hingga 60 tahun.
Bagaimana mengenal tanda trigger fingger?
Kebiasaannya, trigger fingger boleh dikenali apabila jari susah untuk digerakkan pada waktu pagi. Jari yang tersangkut pada posisi bengkok tidak dapat diluruskan dan apabila anda luruskan, akan menghasilkan bunyi ‘pop’ serta terlihatkan bijian kecil pada pangkal jari yang terlibat.
Cara rawatan trigger fingger
Ada empat tahap kesakitan trigger fingger, iaitu:
Tahap 1: Sakit pada bahagian pangkal jari tetapi jari tidak tersangkut
Tahap 2: Jari tersangkut namun boleh diluruskan tanpa bantuan.
Tahap 3: Jari tersangkut dan perlukan tangan sebelah untuk meluruskan.
Tahap 4: Jari tersangkut dan tidak dapat diluruskan.
Untuk Tahap 1 dan 2, rawatan boleh didapati dengan ubat anti-radang dan tahan sakit serta fisioterapi; regangan tendon, urutan pada tendon sheath, terapi lilin dan ultrasound.
Manakala untuk Tahap 3 dan 4, suntikan steroid pada pangkal jari untuk mengurangkan keradangan tendon dan pulley serta pembedahan kecil, yang mana pesakit akan dibius, kemudian kulit dibuka sepanjang 1cm, ligamen A1 pulley dipotong dan akhir sekali kulit dijahit semula.
Untuk kefahaman lanjut, anda bolehlah tonton video di bawah:
Sekiranya anda mengalami sakit-sakit seperti di atas, ada baiknya berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan kesakitan yang lebih teruk.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan