
Trending Di Twitter #MDSterciduk, Ramai Geng UiTM Kongsi Pengalaman Orientasi
Hari ini tular di Twitter mengenai tanda pagar #MDSterciduk sehinggakan ianya diciap lebih 18 ribu kali di laman media sosial itu.
Ramai juga yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan #MDSterciduk itu?
MDS ialah singkatan kepada Minggu Destini Siswa, manakala terciduk pula merupakan perkataan daripada Bahasa Indonesia yang membawa maksud tertangkap.
Tanda pagar tersebut menjadi trending di Twitter kerana dikatakan pelajar baharu yang menjalankan orientasi di UiTM Shah Alam perlu menjalani beberapa sesi yang tidak menyenangkan seperti duduk di atas jalan selama beberapa tanpa perlu melakukan apa-apa, termasuklah memegang telefon pintar.

Minggu orientasi merupakan minggu yang akan memperkenalkan para pelajar baharu di universiti dengan keadaan universiti seperti program-program yang akan dilaksanakan, kelab-kelab sukan, akademik dan negeri yang boleh disertai, bantuan sekiranya terdapat kesulitan daripada segi ekonomi, kesihatan dan sebagainya.
Namun, ada juga segelintir daripada pihak yang digelar sebagai fasilitator atau pemandu mahasiswa yang diamanahkan oleh pihak universiti untuk menjaga pelajar baharu ini melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.
Antaranya me’ragging’ pelajar baharu, melayan mereka seperti ianya adalah orientasi sekolah, menyuruh mereka menghafal kesemua nama-nama fasilitator dan sebagainya.
Belum lagi kira aktiviti sorakan atau cheers serta tarian yang perlu (wajib) dilakukan sehingga jam lewat pagi. Bila disoalkan perkara ini, jawapan fasilitator mudah, kerana ianya adalah tradisi yang perlu dijalankan dan “kami dulu kena lagi teruk.”
Di bawah ini kami kepilkan bersama beberapa ciapan #MDSterciduk.
Ramai yang complain sebenarnya…
Ada juga yang ‘kagum’ dengan pelajar baharu sehingga berjaya menaikkan tanda pagar #MDSterciduk.
Jika anda rasa anda dilayan dengan tidak adil, ada tindakan yang boleh anda ambil.
Untuk baca lagi mengenai #MDSterciduk ini, anda bolehlah layari #MDSterciduk.
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1c27hZHv_M/