
Trend TikTok Pacak Khemah Dan Lepak Di Parkir Genting Highlands Undang Kritikan Netizen
Trend TikTok Pacak Khemah Dan Lepak Di Parkir Genting Highlands.
Generasi TikTok sering mendapat perhatian pengguna media sosial dengan kehadiran pelbagai kandungan yang luar dari kebiasaan.
Menjadi satu norma baharu di dalam kehidupan masyarakat kini, apabila sesuatu perkara mula trend, ramai turut ingin mengikuti dan meniru trend tersebut tanpa berfikir sama ada ia bakal mendatangkan kebaikan atau sebaliknya.
Sejak kerajaan memberikan kelonggaran kepada rakyat untuk melakukan aktiviti bersosial setelah lama ‘berkurung’, dapat dilihat ramai menggunakan kebebasan tersebut apabila beberapa lokasi tumpuan pelancong dibanjiri orang ramai.
Trend pacak khemah di parkir Genting Highlands
Bagaimanapun, trend terbaharu yang sedang menular di TikTok ini membuatkan orang ramai tidak senang.
Jika anda pengguna tegar TikTok, pasti mengetahui trend aktiviti berkumpulan memacak khemah sambil bersantai menikmati kopi mahupun mi segera.

Apa yang membuatkan trend ini menjadi isu adalah disebabkan aktiviti ini dilakukan di kawasan parkir di Genting Higlands. Malahan, ada juga yang sanggup berkhemah berdekatan stesen minyak di sana -yang difahamkan kawasan parkir itu dikhaskan untuk bas.
Mungkin ingin merasai ‘vibes’ sejuk Genting Highlands seperti di luar negara, ia membuatkan sesetengah pihak ini ‘galak’ mencuba trend sebegini.
@nhztulhnim Borak, maggie & mengopi #gentinghighlands #friends #weekendvibes
@_dattebayo8
Hal ini mendapat pelbagai kritikan netizen yang mana rata-ratanya tidak berpuas hati dengan kelakuan mereka yang disifatkan sebagai salah dan telah ‘merosakkan’ sesuatu perkara. Difahamkan, tempat tersebut merupakan kawasan persendirian.
Ada yang menyifatkan jika trend ini dibiarkan, lama-kelamaan ia juga boleh merosakkan suasana asal Genting Highlands.
Elok tempat Genting tu orang nak rehat, nak sightseeing, nampak budak budak melayu ni pacak khemah kat parking lot la, memasak tepi jalan la. Hopefully Genting securities will be stricter. Semak betul
— ππππ (@myraexe_) November 22, 2021
“Mula-mula buka kerusi lepak, lepas tu buka meja buat kopi maggi , la ni buka khemah terus.”
“Dia bukan nak style lepak atas tu bukak khemah tau. Dia pasal etika. Etika kat tempat parking tu tiba nak pacak khemah. Tak ada common sense ke?”
“Sorang start, yang lain follow… dah tak ada rumah nak makan agaknya.”
Bagaimanapun, ada juga memberi pandangan trend sebegini tidak perlu dibahaskan selagi ia tidak menyalahi undang-undang.
Apa pandangan anda?
BACA: Lelaki Dedah Kisah Di Sebalik Slogan βMana-Mana Rancak, Berdosa!β Yang Jadi Trend Terkini