Trend Sengaja Beri Penjual Shopee 1 Bintang Tanda Pembeli Makin Tiada Adab 3

Trend Sengaja Beri Penjual Shopee 1 Bintang Tanda Pembeli Makin Tiada Adab?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Trend sengaja beri penjual Shopee satu bintang tanda pembeli semakin tiada adab?

Platform beli belah dalam talian seperti Shopee dan Lazada semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk melakukan pembelian selepas daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Sebelum melakukan pembelian, secara jujurnya ramailah yang akan melihat rating produk yang dijual bagi meningkatkan lagi keyakinan untuk membeli.

Namun, kini seakan menjadi trend, pembeli akan memberikan rating yang rendah dengan alasan mahu ‘bergurau’.

Trend Sengaja Beri Penjual Shopee 1 Bintang Tanda Pembeli Makin Tiada Adab
Sumber: Zulaikha Yusoff

Ada yang secara jujur memberitahu mereka sengaja memberi rating satu bintang kerana pembeli akan melihat rating satu bintang dahulu biarpun produk tersebut menerima banyak rating lima bintang dan empat bintang.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/2002493249883881?__tn__=%2CO*F

Tahukah anda, trend ini patut dihentikan kerana boleh menyebabkan periuk nasi penjual di platform Shopee ditutup?

BACA: Gara-Gara Pesan Domino’s Pizza Dengan Harga Murah Di Shopee, Lelaki Ini Disoal Siasat Polis

Bagi seorang penjual Shopee, Zulaikha Yusoff, syarat untuk menjadi preferred seller, rating produk dan kedai perlulah melebihi 4.75 bintang dan semakin kuranglah kedai untuk pembeli menggunakan dan menebus coin.

Dan jika trend ini diteruskan, maka semakin banyaklah penjual di platform Shopee akan berdepan dengan masalah rating jatuh.

Semakin banyak trend mengarut yang diwujudkan menjadikan rakyat Malaysia semakin kurang beradab atau dalam bahasa kasarnya semakin biadap sama ada dalam kehidupan sebenar mahu pun di dunia maya.

Di Twitter, salah satu trend yang popular ialah budaya cancel yang sebenarnya jika dilihat dari sudu pandang lain adalah satu bentuk buli siber.

BACA: Budaya ‘Cancel’ Satu Bentuk Buli Siber Yang Jadi Trend Di Twitter

Sama seperti budaya boikot, budaya cancel sebenarnya merupakan salah satu jenis daripada pelbagai jenis buli siber yang menghentikan segala sokongan kepada mereka yang terlibat kebanyakannya kepada individu berpengaruh seperti ahli politik, selebriti dan influencer media sosial.