Trend Pelik Di Jepun, Sewa Kereta Bukan Untuk Memandu Tapi Tidur

Jepun sewa kereta untuk tidur
Sumber: Daily Mail

Kebanyakan orang menyewa kereta untuk memudahkan mereka untuk menuju ke sesuatu destinasi dengan sendiri. Segelintir mereka yang menyewa kereta kerana mahukan privasi.

Namun satu trend pelik di Jepun yang mana kebanyakan pelanggan menyewa kenderaan bukan untuk memandu tetapi hanya untur tidur atau merehatkan diri.

Perkara ini diketahui apabila pegusaha kereta sewa di sana membuat tinjauan mendapati banyak kenderaan yang disewa mempunyai jarak perjalanan yang rendah atau langsung tidak dipandu.

Syarikat sewa kereta, NTT Docomo memberitahu akhbar Asahi Shimbun, kajian pada tahun lalu mendedahkan seorang daripada lapan pelanggan menggunakan perkhidmatan kereta sewa bukan untuk tujuan pengangkutan.

Sejumlah besar pelanggan mereka menyewa hanya untuk tidur atau berehat di dalamnya dan sebahagian pula, kereta dijadikan tempat yang sunyi dan selesa untuk berbual di telefon dengan rakan, ahli keluarga atau rakan perniagaan.

Jepun sewa kereta untuk tidur
Sumber: Japan Today

Selain itu, sebahagian mereka menyewa kereta hanya untuk makan di dalamnya, menonton televisyen, memakai kostum Halloween dan untuk membuat senaman muka bagi mendapatkan wajah yang runcing serta mengecas telefon.

Salah seorang pelanggan memberitahu mereka harga menyewa kereta lebih kurang sama dengan harga tidur di kafe siber, jadi dia memilih untuk tidur di kereta sewa.

Kelebihan utama menyewa kereta selain daripada memandu adalah ia murah dan mudah untuk didapati serta pelanggan boleh menempah dengan menggunakan aplikasi di telefon bimbit.

Kadar sewa untuk 30 minit adalah hanya 400 yen (RM15) dan kereta akan dihantar ke mana-mana tempat letak kereta yang terdapat di seluruh Jepun.

“Sekarang ini kereta pun sudah menjadi ruang peribadi. Nasib belum ada yang memasak dalam kereta.”

Sumber: The Guardian, Harian Metro