bunyi-pontianak

Trend Menakutkan Anak Mendapat Teguran Pendidik Keibubapaan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular baru-baru ini sebuah video di mana terdapat golongan dewasa yang memasang audio serta lari keluar daripada bilik meninggalkan anak kecil yang ketakutan mendengar bunyi mengilai pontianak.

Trend ini mendapat kecaman ramai pihak sehingga seorang pendidik keibubapaan memberi respon dalam hantarannya di seperti di bawah.

Dalam banyak-banyak komen dan pendapat yang memberi reaksi pada hantaran saya sebelum ini tentang ‘trend’ meninggalkan anak, menakutkan anak dan merakam aksi anak, saya terpanggil untuk memberi respon kepada komen ini.

Tidak.

Ayah dan Mak saya TIDAK PERNAH menakutkan kami adik-beradik dengan hantu walaupun kami tinggal di rumah bersebelahan dengan kubur. Buka tingkap nampak hamparan kubur.

Malah ketika gelap gelap Subuh, Mak akan meminta salah seorang daripada kami yang sudah siap untuk ke sekolah untuk beli roti dari Mamak roti.

Rasa takut itu ada sebab faktor kawan-kawan dan orang lain yang sering menakut-nakutkan. Tetapi disebabkan Ayah dan Mak tidak pernah menakutkan, saya gagahi menjadi berani.

Pada masa itu saya percaya, sekiranya kubur itu ada hantu yang memudaratkan, tentu Mak tidak meminta kami yang masih bersekolah rendah ini meredah gelap membeli roti.

Saya percaya sepenuhnya kepada Ayah dan Mak saya.

Bayangkan tidur malam dalam rumah di sebelah hamparan kubur. Adakah saya takut?

Tidak.

Ayah sentiasa ada. Mak juga sentiasa ada.

Kehadiran mereka membuatkan saya rasa selamat dan tenang dan mudah tertidur.

Mereka tidak perlu menakutkan saya dengan hantu untuk saya tidur. Lagipun sebelum tidur baca buku. Menjadi lumrah, asal buka buku mesti mengantuk. 😊

Anak-anak saya sendiri tidak pernah saya takut-takutkan dengan hantu.

Tidak perlu pun.

Ia hanya membantutkan proses eksplorasi yang perlu untuk anak berkembang sihat.

Tetapi kami terapkan kepercayaan kepada Malaikat, Jin dan Syaitan kerana ia memang wujud.

Di London kami tinggal di rumah berusia 200 tahun. Tetapi anak yang masih kecil ketika itu langsung tidak merasa takut tidur di bilik ‘attic’ kerana mereka tidak pernah di takut-takutkan dengan hantu sejak bayi.

298770226_437670905067170_3604591536729645752_n

Kenapa semua benda hendak dikaji?

Dalam Al-Quran perkataan ‘Ulul Albab’ disebut sebanyak 16 kali.

Banyak.

Apa maksud Ulul Albab?

Secara ringkasnya ‘Orang Yang Berfikir’, ‘Orang yang menggunakan akal’.

Kalau hendak menjadi Ulul Albab kenalah mengkaji dan berfikir.

Malah lihat langit pun kita dituntut untuk berfikir.

Apatah lagi fikir tentang kesan baik dan buruk sesuatu perbuatan agar tidak memudaratkan anak kita.

Semoga saya telah menjawab semua soalan dan kemusykilan Puan yang bertanya.

BACA: Budaya ‘Prank’ Suami-Isteri Makin Menjadi, Benarkah Ia Bercanggah Dengan Syarak?

Salam perkenalan.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy