
Trend Makan Diri, Padah Gilakan Makanan ‘Viral’ Gadis Ini Kongsi Derita Hampir Menjadi Buta
Dalam dunia kini apa yang tular di media sosial semuanya mahu dicuba terutamanya dalam bab makanan dan kedai makan. Semakin hari trend makanan tular ini semakin banyak sehinggakan kedai-kedai makanan seperti kedai boba tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Begitu yang terjadi pada seorang gadis apabila terpengaruh dengan trend mahu mencuba makanan viral yang tinggi kadar karbohidrat dan gula sehingga ianya ‘memakan’ dirinya. Sidah Omar Baki, 27 tahun memberitahu kegemaran mencuba makanan viral adalah kerana beranggapan dirinya masih muda dan tidak berisiko menghidap penyakit.
Namun, tabiatnya membawa padah apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi pada usia 19 tahun (2012) sehingga menghadapi masalah penglihatan selain daripada terpaksa mengambil insulin secara berkala.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2481451458636826&set=a.366970263418300&type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARClYxQpe7PyrryW3Int-LAYXjvvSATYmJW23yFXescf5jgj8rgrE2ixB-895mzb6YuAsbXLMfNdF1Ny5mmXyBHj1jvGPkYYP2H4Q8ulWy6vncp6JcKAkyAEM1rCVjCFQqJpmGWxg9WtQvko4x-xVL9FfqiSo6e1_7NcTQ8X2HrGFv2MXzqfdO1lwqbHjKE1lqurSw34TD8LDatNXkPCkxKJB1Dcs-CDQ4GxjbX6ie5lwja4eqhXgSJ92dIcnOIWUjed&__tn__=-R
Sidah juga terpaksa melupakan kerjayanya sebagai seorang tukang jahit gara-gara masalah penglihatan yang beliau hadapi dan kini bergantung sepenuhnya pada ibu dan adik bongsunya yang bekerja sebagai pembantu stor di pasar raya.
Menghidap masalah pada retina dan saraf belakang mata bukan sahaja menyebabkan penglihatannya terganggu malah turut menjejaskan kehidupan sehariannya.
Menyesal dengan yang terjadi, Sidah menasihati masyarakat agar sentiasa menjaga pemakanan supaya apa yang berlaku pada dirinya dapat dijadikan pengajaran untuk orang lain.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2500193883429250&set=a.366970263418300&type=3
Semoga perkongsian Sidah ini dapat membuka mata kita semua agar sentiasa mengamalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Jangan kerana nafsu, kelak diri yang binasa.
Bakat lagenda yang tidak boleh digantikan.
P. RAMLEE : Seniman Tanah AIr Tiada Ganti
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.