
Trend Jual Produk Depan Kaabah Semakin Gila Dan Menjadi-Jadi!
Sebelum ini, kita pernah digemparkan dengan kelakuan tidak senonoh jemaah umrah lelaki dari Malaysia yang berpakaian seperti wanita dan juga yang perempuan menyerupai lelaki ketika mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci.
Kita juga turut pernah merasa malu dan kesal dengan tindakan segelintir ‘founder’ dan stokis produk dari negara kita yang mengambil kesempatan mempromosikan barangan serta bisnes mereka di hadapan Kaabah seperti yang tular di media sosial.
BACA: Dari Jual Produk Suplemen Sampai Ke ‘Forex Trading’, Berniaga Depan Kaabah Kini Dah Jadi Trend Baru
Amat menyedihkan kerana walaupun pernah ditegur oleh agamawan dan netizen, trend berniaga di hadapan Kaabah ini didapati semakin parah apabila saban hari golongan ini dilihat semakin ramai berpusu-pusu datang mengerjakan umrah sambil bergaya dan bergambar bersama produk mereka untuk dijadikan konten promosi.
Lebih menyedihkan, mereka kini didapati bukan sahaja berani membawa masuk kotak-kotak dan botol-botol produk kosmetik untuk dipamerkan di hadapan Kaabah, malah jajan dalam balang yang berperisa coklat dan ‘cheese’ pun ada!
Seorang pengguna Facebook Kai Auburn, telah menegur perbuatan dan sikap melampau ini melalui hantarannya berikut yang dikongsikan bersama dengan berpuluh-puluh tangkap layar yang ditemuinya di media sosial untuk dijadikan sebagai peringatan bersama.
Pergi tanah suci untuk beribadat ❌
Pergi tanah suci untuk promote produk ✅
Yang pergi depan Kaabah tu beribadat je la, bagi kita orang netizen ni je pikir hal dunia. Sok mati tuhan tanya kau gi umrah/haji buat apa, takkan kau nak pass suruh kita orang lak jawab. Nak nak yang buat produk sampah tu kan, kau dah la lama nak menjawab nanti pasal kau baraikan muka beribu orang, kita orang yang lama menunggu giliran ni jadi satu hal pulak nak kena tunggu kau jawab kenapa promote gambar depan Kaabah. Kau kalau hidup menyusahkan orang, takkan mati pun nak menyusahkan orang lagi. Pergi Mekah bukan selalu, kau fokus ibadat sudah la. Punya banyak benda boleh ditunggang, agama jugak yang kau pilih.
Sumber: Kai Auburn
Trending now



