
Trend Hobi Berbasikal Makin Berkurangan, Geng Acah-Acah ‘Kayangan’ Mula Sedar Diri?
Golongan yang kurang berkemampuan tetapi masih sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikuti trend hobi berbasikal kini didapati semakin berkurangan.
Mereka yang dipercayai suka berbelanja besar sehingga sanggup membuat pinjaman wang demi untuk menunjuk-nunjuk ‘aktiviti’ berbasikal mereka tersebut kini khabarnya sudah ‘terciduk’.
Seorang yang benar-benar meminati aktiviti dan hobi berbasikal, Syahmi Ismail Mie telah membuat hantaran berikut di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini yang menceritakan tentang kewujudan geng ini.
Jom ikuti kata-kata nasihat dari beliau berikut yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.
SEBENARNYA HOBI TAKDE KASTA PON….
Semua hobi ada level dia…
Main kereta control, ada kereta control mahal dan murah.
Main motor pon, ada motor mahal dan motor murah.
Mancing, ada pemancing pakai barang mahal, ada pemancing pakai barang murah…
Tapi kita layan la ikut kemampuan dan kerana minat..jangan layan sebab ikut trend atau sebab nak orang pandang…selamat poket.
Tapi masalahnya… ramai berhutang sebab hobi ikut trend🤣..padahal dia sendiri pon tak minat mana pon.
Contoh kalau Tuan/Puan ingat…masa waktu PKP dulu, basikal je sukan dibenarkan..pakat la beli sebab terliur tengok orang pos gambar naik basikal..
Ditambah pula masa tu geng artis pon sibuk tak pernah main basikal pergi beli basikal..masa ambil gambar lagi banyak pada kayuh.
Masa tu…gila-gila harga basikal dan spare part naik melampau-lampau…🤣 Saya yang main basikal sebelum tu lagi tengah simpan duit nak tukar gearset (groupset) tak jadi terus sebab harga naik 3 kali ganda…
Yang bestnya,
masa tu saya gelak je kat yang baru nak main sebab ikut trend..basikal saya beli 2,150…naik jadi RM3,500 🤣…itu pon sampai habis stok kat kedai…paling jahat kedai jual harga yang sama tapi gear semua brand apa nama ntah China punya😅😅😅…tapi masa tu ramai tengah ada duit sebab masa tu ada moratorium, KWSP,…tak balik kampung..tak pergi bercuti duit banyak la guna untuk makan dan bayar bil je.
Masa ni peluang syarikat pinjaman bagi loan untuk siapa nak beli basikal boleh loan…🤣…apa lagi bersepah basikal atas jalan masa tu…berita dan laporan negatif pasal geng basikal sama naik masa tu…
Isu makcik-makcik gedik tayang aset jangan cakap la time ni…🤣..tengok dari belakang naik nafsu sebab pakai suit..nampak ketul-ketul…bila kita potong dia tengok je muka nohh aihhh 🤮🤮🤮…
Masa tu aku pon dah jadi malas nak kayuh sementara..sebabnya kenderaan lain dah menyampah dengan group basikal…dia orang pon dah takde respek …banyak kemalangan teruk-teruk time ni..perangai newbie yang over buat benda tak sepatutnya…yang maki kereta la..yang bawa anak naik basikal sampai lebuh raya la..macam-macam la isu time tu.
Berbeza masa aku mula-mula main basikal dalam 2019 gitu..kereta lori akan utamakan kita…nampak basikal kat depan dia orang slow..nampak basikal nak masuk simpang dia orang bagi laluan…
Sekarang 2023 dah tak ramai dah..tinggal yang kayuh lagi mereka yang memang main basikal ni sebelum jadi trend lagi…takde group pon dia orang kayuh je sorang-sorang..
Tapi yang kesiann yang buat loan…duk up gambar nak tolak basikal kat group sebab nama kena blacklist sebab sangkut dengan loan…ye lah harga asal RM3,000 tapi ko beli masa trend RM6,000 lepas tu ko nak harga boleh jual RM4,000-5,500 dengan alasan Look New sapa yang nak…
Jadi nasihat saya,
apa pon dalam hidup ni..kalau bab seronok dan hiburan ni berpada-pada…layanlah sebab minat sendiri…jangan layan atas tujuan trend…lagi teruk sebab nak show off kita pon mampu…sebulan dua boleh la orang puji dan teruja..lepas tu dah takde dah la….yang ruginya kita sebab duit habis untuk dapat pandangan orang lain…tapi tak beri kepuasan maksimum pada kita.
BACA: Konvoi Basikal Undang Bahaya, Geng Kayangan ‘Hobi Mahal’ Semakin Melampau?
Sumber: Syahmi Ismail Mie