Poo In Pool Sepanyol

Trend Aneh ‘Poo In Pool’ Punca Taman Tema Air Sepanyol Ini Terpaksa Ditutup

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Media sosial hari ini telah memperkenalkan pelbagai cabaran dari serata dunia. Kebanyakan cabaran yang ada memang sangat aneh, pelik dan juga jijik.

Anehnya, cabaran yang berlaku dalam kalangan netizen ini tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh dunia.

Baru-baru ini, wujud cabaran yang tular di Sepanyol yang mana segelintir individu menggerakkan satu cabaran iaitu mereka akan membuang najis di dalam kolam renang di taman tema.

Cabaran yang digelar ‘Hacer Caca’ yang bermaksud untuk berak menggalakkan para remaja di sana melepaskan hajat di dalam air atau membuang dalam beg kemudian melepaskannya di dalam kolam kawasan rekreasi yang mereka kunjungi. Seterusnya mereka akan berkongsi gambar atau video hasil perbuatan mereka di Internet.

Poo In Pool Sepanyol
Sumber: Vaaju

Akibat daripada cabaran menjijikkan itu, sebuah taman tema air di Valencia ditutup sementara kerana khuatir jika berlaku penularan penyakit.

Juga trend itu turut menular ke kawasan pelancongan seperti di pantai. Sementara itu, kolam renang di Massanassa juga ditutup selama empat hari selepas terjumpa najis manusia terapung dalam air.

Susulan daripada trend tersebut, beberapa kolam renang telah memasang CCTV dalam usaha menangkap mereka yang melakukan cabaran itu.

Sumber: The Sun UK

 

Tengah cari telefon bimbit baharu? Jom tengok spesifikasi Vivo S1.

VIVO S1 : Offical launch in Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.