
Tren Berkelajuan Tinggi Indonesia Hubungkan Jakarta-Bandung Hanya Dalam 40 Minit!
Menurut laporan Utusan Malaysia, Indonesia kini sedang menguji sistem elektrik Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dapat menghubungkan Jakarta-Bandung dalam masa yang singkat.
Ujian tersebut diadakan bagi memastikan peralatan bekalan kuasa tren berkelajuan tinggi itu dapat memenuhi keperluan untuk menjalankan beberapa siri ujian bersama kelak.
Ujian telah pun bermula minggu ini dengan pelepasan perlahan dari Stesen Tegalluar yang terletak di Bandung.
Ini merupakan kali pertama unit tren yang tiba di Indonesia pada 1 September lalu muncul di landasan HSR Jakarta-Bandung.
Semua fungsi sistem bekalan kuasa pergerakan telah pun diuji secara menyeluruh semasa sesi ujian yang berlangsung selama sehari itu.
HSR Jakarta-Bandung yang dibangunkan dengan teknologi China tersebut direka bentuk agar boleh mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer sejam.
Tempoh perjalanan di antara Jakarta dan Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat Indonesia juga dapat dikurangkan dari lebih 3 jam kepada hanya sekitar 40 minit sahaja.
BACA: Gangguan Perkhidmatan Kereta Api, Ini Cara Orang Jepun Mohon Maaf Pada Penumpang
Sumber: Utusan Malaysia
Trending now



