Trailer SpongeBob Movie

Trailer ‘The SpongeBob Movie: Sponge On The Run’ Tampilkan Watak Keanu Reeves

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Paramount Pictures telah berkongsi sebuah trailer filem The SpongeBob Movie: Sponge On The Run, menjadikannya ia filem ketiga daripada siri SpongeBob SquarePants.

Filem ini mengisahkan tentang SpongeBob mencari Gary, haiwan peliharaannya secara tiba-tiba hilang. Justeru, SpongeBob nekad mencari Gary dengan ditemani kawan setianya, Patrick.

Pencarian mereka sehinggalah tiba ke Kota yang Hilang, dan di situ bermulalah fokus pencarian mereka terganggu apabila terpedaya dengan kemilau kota tersebut.

Apa yang menjadi tumpuan dalam trailer ini, Keanu Reeves yang terkenal dengan watak John Wick muncul sebagai gumpalan tumbleweed menyapa SpongeBob dan Patrick ketika misi mereka mencari Gary.

Trailer SpongeBob Movie

Pelakon suara terdiri daripada Tom Kenny, Awkwafina, Clancy Brown, Rodger Bumpass, Bill Fagerbakke, dan Carolyn Lawrence. Tonton dahulu trailernya di sini sebelum ditayangkan pada 28 Mei 2020.