Ibu Dan Anak Ditemui Berpelukan Letusan Gunung Semeru

Tragis, Jasad Ibu Dan Anak Ditemui Berpelukan Dalam Runtuhan Rumah Akibat Letusan Gunung Semeru

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pada 4 Disember, Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Timur secara mengejut meletus memuntahkan abu tebal setinggi lebih 12,000 meter ke langit, dengan gas membakar dan lava mengalir menuruni lereng gunung ke kawasan penempatan.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan namun sedikit sukar kerana lahar gunung berapi di kawasan sekitar itu masih panas, selain perlu berhati-hati berikutan ancaman Semeru boleh meletus sekali lagi pada bila-bila masa.

Data dari Pusat Krisis Kesihatan, Kementerian Kesihatan Indonesia merekodkan seramai 62,084 orang terkesan akibat letusan gunung berapi itu.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia pada Selasa melaporkan jumlah korban meningkat menjadi 34 orang setakat ini, manakala 17 orang masih hilang.

Ibu Dan Anak Ditemui Berpelukan Letusan Gunung Semeru
Sumber: Twitter

Jasad ibu dan anak ditemui berpelukan

Ketika misi pencarian mangsa korban tragedi tidak terduga itu, ditemui jasad seorang ibu dan anak dalam keadaan saling berpelukan dalam runtuhan rumah di Desa Curah Kobokan.

Mangsa merupakan seorang wanita berusia 28 tahun dikenali sebagai Rumini dan ibunya, Salmah yang berusia 70 tahun.

Menurut penduduk setempat, semasa letusan berlaku Rumini mengalami dilema sama ada untuk menyelamatkan diri atau menemani ibunya yang uzur itu menghadapi letusan tersebut.

Namun, rasa sayang dan cintanya pada seorang ibu melebih rasa sayang pada dirinya. Rumini memilih untuk setia di sisi ibunya ketika orang ramai cuba menyelamatkan diri.

Jasad Rumini dan Salamah ditemukan pihak keluarga di bahagian dapur rumahnya dalam keadaan berpelukan.

Kisah tragis itu mendapat liputan meluas di media Indonesia sehinggakan tular sebuah ilustrasi yang bertulis “dia yang dirindukan syurga” serta gambaran keadaan Rumini bersama ibunya ketika letusan itu berlaku.

“Rumini sudah mengajarkan tentang bagaimana mencintai dan berbakti kepada orang tua, terutama ibu.”

Ibu Dan Anak Ditemui Berpelukan Letusan Gunung Semeru
Sumber: Twitter

Bencana alam itu menyaksikan banyak kediaman dan kenderaan penduduk musnah terbakar, selain penduduk trauma untuk pulang ke rumah masing-masing.

Sumber: Tribun News