
Tragis, Bapa Kantoi Ada Skandal Sanggup Langgar Anak Sendiri
Bapa Kantoi Ada Skandal Sanggup Langgar Anak Sendiri.
Tragis, itulah yang boleh digambarkan tentang kejadian seorang kanak-kanak perempuang yang dilanggar dan digilis oleh sebuah lori yang dipandu oleh bapa kandungnya.
Kejadian yang cukup mengguris hati ini berlaku di Aceh Selatan, Indonesia – Haura Aulia yang berusia 11 tahun dilaporkan telah dilanggar dan digilis bapanya sendiri tanpa ada perasaan belas kasihan apatah lagi perikemanusian.
Insiden itu berlaku lewat petang pada 19 Disember lalu ketika Haura Aulia ternampak lori yang dipandu bapanya.
Kejadian itu dirakam melalui CCTV di situ memperlihatkan kanak-kanak perempuan bersama ibunya yang ketika itu berada di tempat kejadian cuba menahan lori tersebut selepas terlihat ada seorang wanita berada di tempat duduk penumpang, namun tidak diendahkan bapanya.

Video yang tular di media sosial cukup membuatkan netizen terkejut kerana situasi itu jelas menampakkan kanak-kanak perempuan malang tersebut cuba menahan lori di laluan jalan utama.
Didapati, pemandu lori yang dikenali dengan nama Husaini itu tidak mempedulikan jeritan anaknya, malah terus memecut laju.
Kanak-kanak terbabit sempat mengejar lori berwarna kuning tersebut dan berpaut pada tepi lori terbabit, namun malangnya beliau terjatuh dan kemudian digilis tayar belakang lori.
Melihat keadaan Haura, keluarga dan orang awam bergegas ke tempat kejadian untuk menghampiri dan memeluk jasadnya yang terbujur kaku berlumuran darah diikuti dengan jerit tangisan ibunya.
Laporan media tempatan mengatakan Haura dan ibunya dipercayai mengesyaki wanita dalam lori itu merupakan skandal bapanya.

Walaupun Husaini kini telah ditahan pihak polis, dia tidak mengaku bersalah malah mengatakan ia adalah takdir apa yang berlaku.
“Kalau dilanggar, bukan saya yang langgar tapi memang sudah ajalnya,” kata Husaini.
Pada masa yang sama, Husaini mengakui sedang mengalami masalah rumah tangga namun enggan berkongsi cerita.
Sumber: IndoZone