Mercun Diharamkan 3

Tragedi Hiroshima Sungai Buloh Punca Mercun Diharamkan Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berlaku pada tahun 1991, tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun Bright Sparkles atau lebih dikenali sebagai Hiroshima Sungai Buloh merupakan salah satu tragedi yang tidak dapat dilupakan.

Kejadian yang berlaku pada jam 3.45 petang 7 Mei 1991 adalah disebabkan oleh ujian percubaan mercun yang dilakukan di luar ruangan khas akhirnya membongkar kisah-kisah yang sebelum ini diselindungkan.

Mercun Diharamkan 1

Digelar sebagai tragedi Hiroshima Sungai Buloh, kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom yang dijatuhkan pesawat Amerika Syarikat di Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia ke-2.

Gegaran dirasai sehingga 7km jauh dari lokasi kejadian

Bukan sekali tetapi tiga kali letupan besar berlaku yang mana letupan kedua `berjarak 10 minit daripada letupan pertama, dan letupan ketiga adalah letupan yang paling kuat, berlaku kira-kira lima minit selepas letupan kedua.

Letupan Hiroshima Sungai Buloh Mercun Diharamkan 1

Dan selepas itu dianggarkan lebih 20 kali letupan kecil terus berlaku sehingga menyebabkan kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah negara kerana boleh dilihat lebih 8km dari lokasi kejadian.

Akibat daripada letupan 200 tan belerang tersebut, gegaran dirasai sehingga 7km dari lokasi kejadian  – percikan bunga api dan serpihan mercun bertebaran di seluruh kawasan.

BACA: 32 Tahun Selepas Tragedi Hitam Runtuhnya Jambatan Terminal Feri Sultan Abdul Halim

Bunyi yang terhasil dikatakan terlampau kuat seakan-akan letupan bom berkuasa tinggi sehingga menyebabkan cermin rumah-rumah kediaman di bandar Seri Menjalara dan Selayang (7km dari lokasi kejadian) pecah berderai.

Suasana kelam kabut

Di kawasan kilang, masing-masing kelam kabut mahu menyelamatkan diri daripada menjadi korban rentung.

Kejadian yang menyebabkan orang ramai ketakutan kerana beberapa kilang di kawasan berdekatan seperti kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan berwarna turut terbakar.

Berpuluh kenderaan musnah, hampir 200 buah kediaman penduduk ranap, 26 korban dicatatkan dengan 103 orang yang lain mengalami kecederaan.

Mercun Diharamkan 2

Mangsa yang korban bukan sahaja rentung sehingga hanya tinggal rangka dan tengkorak tetapi juga ada antara mereka yang sudah tidak lengkap anggota badannya.

Letupan Hiroshima Sungai Buloh Mercun Diharamkan
Salah seorang mayat yang dijumpai.

Operasi menyelamat

Walaupun api sudah dipadamkan, tetapi bomba tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana bimbang kemungkinan letupan berulang susulan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang tersebut yang mana dua daripadanya sudah meletup dan meninggalkan kawah sedalam enam meter.

Letupan Hiroshima Sungai Buloh Mercun Diharamkan 2

Kesukaran bertambah apabia hari ketiga operasi mencari mangsa, cuaca hujan lebar selama sejam menyebabkan berlakunya tindak balas kimia sehingga menghasilkan gas beracun di lokasi kejadian.

Kilang beroperasi secara haram

Hasil siasatan mendapati kilang tersebut telah melanggar peraturan apabila menjalankan operasi secara haram sejak 1978 dan turut menggaji pekerja di bawah umur.

Letupan Hiroshima Sungai Buloh Mercun Diharamkan 3

Disebabkan pihak majikan tidak mempunyai daftar kehadiran tugas harian, pihak polis sukar untuk mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang, cedera atau belum melaporkan diri.

Punca kejadian

  • kecuaian pekerja yang mengabaikan arahan keselamatan
  • sistem pentadbiran yang lemah – keadaan kilang sendiri sudah uzur
  • kemudahan yang tidak terurus – tiada kelengkapan peralatan kebakaran yang mencukupi dan betul

Polisi untuk terus mengharamkan mercun

Tragedi letupan ini membawa kepada pengubahan polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuklah sempena perayaan.

Malah di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Unit HAZMAT telah ditubuhkan bagi menangani bahaya kimia iaitu pengendalian tumpahan bahan kimia berbahaya, kebocoran radiasi, pemadaman api yang mempunyai unsur kimia berbahaya dan menangani CBRNe (Chemical, Biological, Nuclear exposure).

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 91994 telah diluluskan di Parlimen.

Detik Tragik TV3