
Tragedi Hidup Keanu Reeves Yang Mengubah Personaliti Dan Menjadikannya Rendah Diri
Keanu Reeves telah ditinggalkan oleh bapa kandungnya ketika usianya 3 tahun. Dia kemudiannya dibesarkan oleh 3 bapa tiri yang berbeza.
Dia juga dikatakan mempunyai masalah pembelajaran yang melibatkan perkembangan membaca dan menulis yang dikenali sebagai disleksia.
Impiannya untuk menjadi seorang pemain hoki profesional pernah musnah sebelum ini akibat terlibat dengan satu kemalangan yang serius.
Kawan baiknya, River Phoenix yang pernah berlakon bersamanya dalam filem My Own Private Idaho (1991) meninggal dunia akibat penggunaan dos dadah yang berlebihan.
Abang kepada pelakon Joaquin Phoenix tersebut meninggal dunia pada tahun 1993 di sebuah kelab, The Viper Room yang terletak di Hollywood dan dimiliki oleh Johnny Depp.
Keanu Reeves juga pernah dikurniakan seorang anak perempuan pada 1999 tetapi anaknya itu meninggal dunia semasa dilahirkan.
Tidak lama selepas itu, teman wanitanya pula terlibat dalam satu kemalangan kereta ngeri yang mengorbankan nyawanya pada 2001 sehingga memaksanya menangguhkan penggambaran filem sekuel The Matrix.
Adik Keanu Reeves pernah menderita penyakit leukemia dan dia pernah mendermakan 70% dari gaji yang diterimanya untuk filem The Matrix (1999) untuk membantu penyelidikan terhadap penyakit tersebut.
Namun, di sebalik tragedi yang pernah berlaku dalam hidupnya tersebut, Keanu Reeves dikatakan tidak pernah melepaskan peluang untuk membantu orang lain yang lebih memerlukan.
Semasa dia menjalani penggambaran filem The Lake House (2006), dia terdengar perbualan dua orang pembantu kostum.
Salah seorang dari mereka menangis kerana menurutnya dia bakal kehilangan rumahnya jika dia tidak dapat membayar AS$20,000.
Pada hari yang sama, tanpa diminta, Keanu Reeves memasukkan jumlah yang diperlukan dalam akaun bank wanita tersebut secara senyap-senyap.
Pada tahun 2010, pada hari lahirnya, Keanu Reeves masuk ke dalam sebuah kedai roti dan membeli roti brioche bersama sebatang sebatang lilin lalu dengan selamba memakannya di hadapan kedai roti tersebut.
Dia turut menawarkan diri untuk membelanja kopi kepada orang ramai yang lalu lalang dan menegurnya ketika itu.
Selepas mendapat bayaran lumayan untuk trilogi filem Matrix, Keanu Reeves dikatakan telah mendermakan lebih AS$50 juta kepada mereka yang bertanggungjawab menghasilkan kostum dan kesan khas filem tersebut dan menganggap mereka sebagai wira sebenar trilogi filem tersebut.
Dia juga dikatakan telah memberikan motosikal Harley-Davidson kepada setiap pelakon lagak ngerinya untuk filem tersebut.
Keanu Reeves juga pernah memotong gajinya sendiri sebanyak 90% agar pihak produksi mampu untuk mengupah bintang lain untuk turut sama berlakon bersamanya.
Pada tahun 1997, beberapa paparazi telah merakam perbuatan Keanu Reeves yang melepak bersama seorang gelandangan di Los Angeles, sambil mendengar dan berkongsi kisah hidupnya selama beberapa jam.
Sebelum ini, Keanu Reeves juga memang banyak kali ditemui oleh orang ramai sanggup bersesak-sesak dalam kenderaan awam.
Dia juga dikatakan tidak pernah mengambil kesempatan terhadap golongan wanita yang ingin bergambar dengannya.
Ramai selebriti Hollywood sering menunjuk-nunjuk dan membuat pengumuman besar-besaran sekiranya mereka menderma atau melakukan kerja amal tetapi bukan Keanu Reeves yang dikatakan sering membantu orang lain dan bersikap rendah diri.
Keanu Reeves boleh membeli segala-galanya di dunia ini. Namun sebaliknya, setiap hari dia bangun, dia hanya memilih satu perkara sahaja yang tidak boleh dibeli iaitu: untuk menjadi seorang yang lebih baik.
BACA: Keanu Reeves Dilabel ‘Lelaki Sunyi’ Oleh Akhbar Terkenal Malaysia Nafi Jalani Temu Bual
Sumber: The HR Diary
Trending now



