
‘Total Lockdown’ Di Simpang Renggam, Ini Yang Perlu Rakyat Malaysia Ambil Iktibar Daripadanya
Malam Khamis lalu (26 Mac). Simpang Renggam diumumkan sebagai kawasan total lockdown yang menyebabkan hampir 3,570 penduduk diminta untuk menjalani perintah berkurung.
Keputusan yang dibuat pada dua kawasan iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang dilakukan atas nasihat Menteri Kesihatan itu adalah bertujuan bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang semakin menular di sana.
https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/3728016773936235/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARBnHda6Lrfc4qNTKietq51FuHmczOq6DZ0FjYUw9dtnILezdUDDunUZ5Z-d39GxQS2ax5nbH64kl6aHyplgXoPktpQJXObvSq1UkdcmJcYsdzrHc1yEVRm5YWobrs773nWx7VRQ3s1VfrP9Kx07jalD_kpZcuUME6U3a6z0gPQr-ve6Ny2EwgW6D0VBze_atmg0nO_rsu7tzhph9fw35QqmcMQ6BdLQaGc9bdSinW4fBc5viN9MMu1eLHhY-RPHVwbwx2qT9q3PwvHD49rfNqSl3Ob_hKPNjXz3002-W2MVZ3dc6lRaF-RtUsLYU4NGLhQnibUgEAZwfBMdPVsTBMA8X1yvy4BivLV5Nb0BMwJm1YFtvw2EU_6eFfvP-JQTZFfPiEFbnHRlBUxDQs6R7RTEjeTubz17Dep2g9XlHWUYCuiGxHDrHqNDPG_Vy4ubU_xEbY2IwpFrgF9rz9kH08ZqsOr8MsOUN9_-TrDONjIN8f_rpjGxvxAjhB9C&__tn__=H-R
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 88 kes (semalam) disahkan positif COVID-19, yang mana 61 daripadanya adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid; empat kluster daripada kluster tabligh.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau lebih dikenali sebagai PKPD ini berkuatkuasa serta merta bermula tengah malam hari berkenaan sehinggalah 9 April hadapan.
Dalam tempoh 14 hari itu, pegawai kesihatan bertugas akan melaksanakan ujian pengesanan kes dari rumah ke rumah membabitkan 650 buah keluarga.
Antara arahan yang dikeluarkan kepada penduduk ialah:
- Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
- Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
- Semua aktiviti perniagaan dihentikan.
- Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.
- Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
- Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.
- Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
- Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.
Dengan bantuan daripada pihak PDRM dan ATM, pintu keluar masuk SImpang Renggam dikawal ketat atas arahan kerajaan Johor agar penularan tidak dibawa keluar daripada kawasan berkenaan.
Aktiviti pembersihan yang menumpukan pada tempat-tempat tumpuan awam juga dilakukan selain daripada mengajar penduduk cara menginfeksikan rumah dengan betul.
Apa yang rakyat Malaysia boleh belajar daripada situasi total lockdown atau pun PKPD di Simpang Renggam ini?
Susulan daripada lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini, ramai yang merungut walaupun langkah berkenaan diambil adalah sebagai salah satu cara kerajaan memutuskan rangkaian COVID-19 daripada terus menular.
BACA: ‘LockDown’: Ini Yang Akan Berlaku Jika Sebuah Negara Kuat Kuasa Perintah Berkurung
Melihatkan situasi ‘kesukaran’ di Simpang Renggam, ada baiknya kita insaf dan mematuhi perintah yang dikeluarkan. Jika berdegil tak mustahil kesemua kawasan di Malaysia akan diarahkan untuk PKPD dilaksanakan.
https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1873178902815317/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARDuUEjzAgJ0X_0WAGTdtpDsLOIAA4kdyL2tTbld2P3VDQNIJsvCqx10fOER7JwaquS6cn7o9ceXRus1m2XXBCkZEFRrUSqmLj7BFS7xazKfyYECCcBmm77Fm1jCwQtPexnMzvIhQSN4NrBgnieAn_3Qvb8oi8vxtcxc0auBbB6B896T6pZSX_vBnrZkhlLaHGRE2lFvzSpP7zZy3HNY7w7DweXfZKVgBG_un-ld0PgNWnyLk8r1q3H6BBrpMGq0NrFBxn5hDR5NpMMdd90vzkjIHD8giwnJ0mQs5YKSeqK2IsPlHiDCU-IxyjrAjK7fkjP9UskwmGQP8XDrtysjY2w2oBV3&__tn__=-R
Dan sekiranya ini berlaku, rakyat Malaysia bukan sahaja tidak dibenarkan keluar langsung dari rumah malah kesemua aktiviti termasuklah perniagaan yang bukan kepentingan akan ditutup.
BACA: Sikap Acuh Tak Acuh Rakyat Itali Punca Wabak Covid-19 Merebak Pantas
Maka pilihan pada kita, mahu turut atau tidak?
Trending now



